Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Uruskan seting Apple ID dan iCloud pada iPhone
Apple ID anda ialah akaun yang anda gunakan untuk segala yang anda lakukan dengan Apple—termasuk menyimpan kandungan anda dalam iCloud, menstrim daripada Apple Music dan membeli kandungan daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books. Pada iPhone, anda boleh daftar masuk ke semua perkhidmatan Apple dengan Apple ID dan kata laluan tunggal. Ianya lebih baik untuk mempunyai hanya satu Apple ID.
Gunakan iCloud untuk menyimpan foto, video, dokumen, muzik, app dan banyak lagi—serta pastikan ianya dikemas kini merentas semua peranti anda. Dengan iCloud, anda boleh menyimpan foto, kalendar, lokasi dan banyak lagi dengan mudah bersama rakan dan keluarga. Anda juga boleh menggunakan iCloud untuk membantu anda mencari iPhone anda jika anda kehilangannya.
iCloud memberikan anda akaun e-mel percuma dengan 5 GB storan untuk mel, dokumen, foto dan video, serta sandaran anda. Muzik, app, rancangan TV dan buku yang anda beli tidak dikira dalam ruang tersedia anda. Anda boleh menaik taraf storan iCloud anda terus daripada iPhone.
Nota: Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. iCloud mungkin tidak tersedia di semua rantau dan ciri iCloud mungkin berbeza bergantung pada rantau.
Daftar masuk dengan Apple ID anda
Jika anda tidak daftar masuk semasa persediaan, lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting .
Ketik Daftar masuk ke iPhone.
Masukkan Apple ID dan kata laluan anda.
Jika anda melindungi akaun anda dengan pengesahan dua faktor, masukkan kod pengesahan enam digit.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, lihat Tapak web pulihkan Apple ID anda.
Tukar seting Apple ID anda
Pergi ke Seting > [nama anda], anda boleh lakukan yang berikut:
Kemas kini maklumat hubungan anda
Tukar kata laluan anda
Uruskan Perkongsian Keluarga
Tukar seting iCloud anda
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat status storan iCloud anda.
Naik taraf storan iCloud anda—ketik Urus Storan > Tukar Pelan Storan.
Aktifkan ciri yang anda mahu gunakan, seperti Foto, Mail, Kenalan dan Mesej.
Cara menggunakan iCloud pada iPhone
Pastikan kandungan berikut terkini:
Mesej, Mail, Kenalan, Kalendar, Nota dan Peringatan
Foto dan video; lihat Gunakan Foto iCloud pada iPhone
Muzik, app dan buku
Dokumen; lihat Gunakan iCloud Drive pada iPhone
Penanda buku, senarai bacaan anda dan halaman web yang anda buka dalam Safari; lihat Layari web menggunakan Safari pada iPhone
Kata laluan dan kad kredit; lihat Sediakan Rantai Kunci iCloud pada iPhone
Anda juga boleh melakukan yang berikut:
Lihat data iCloud anda pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan iCloud.com (menggunakan Mac atau PC Windows).
Kongsi foto dan video anda dengan orang yang anda pilih. Lihat Kongsi foto daripada iPhone dengan Album Dikongsi dalam iCloud.
Kongsi storan iCloud anda pada pelan dengan 200 GB atau lebih dengan sehingga enam ahli keluarga. Lihat Kongsi pembelian bersama ahli keluarga pada iPhone.
Cari peranti iOS, Apple Watch, atau Mac yang dimiliki oleh anda atau ahli keluarga anda. Lihat Gunakan Cari iPhone Saya untuk mencari peranti anda.
Cari rakan dan keluarga anda; anda, rakan dan keluarga anda boleh berkongsi lokasi, mengikuti satu sama lain dan melihat lokasi semua orang pada peta. Lihat Cari rakan dan ahli keluarga daripada iPhone anda.
Sandarkan dan pulihkan data anda. Lihat Sandarkan iPhone menggunakan iCloud atau iTunes.
Nota: Jika anda mendayakan iCloud untuk app seperti Muzik, Foto, Kalendar dan Kenalan pada iPhone, anda tidak boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskannya dengan komputer anda.