Model iPhone disokong
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan iPhone dan menerokai semua perkara hebat yang ia boleh lakukan pada iOS 12.3, yang serasi dengan model berikut:
![]() | |||||||||||
![]() |
Anda boleh mengemas kini ke perisian iOS terbaru jika model anda menyokongnya. Untuk mencari model dan versi perisian iOS iPhone anda, pergi ke Seting > Umum > Perihal. Lihat Dapatkan maklumat tentang iPhone anda.
Ciri dan app anda mungkin berbeza bergantung pada model iPhone, rantau, bahasa dan pembawa anda. Untuk mengetahui ciri yang disokong di rantau anda, lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS.
Nota: App dan perkhidmatan yang menghantar atau menerima data menerusi rangkaian selular mungkin dikenakan caj tambahan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar pelan dan bayaran iPhone anda.