Panduan Pengguna iPhone

Semua yang anda perlu tahu tentang iPhone

Skrin Kunci dengan bar di bahagian bawah menandakan anda boleh leret ke atas dari pinggir bawah.

Katakan helo pada masa depan

Kenali iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Pelajari gerak isyarat intuitif, gunakan muka anda sebagai kata laluan anda dan lihat perkara yang mungkin dengan kamera TrueDepth yang menakjubkan.

Kenali generasi iPhone seterusnya

Skrin Kamera dalam mod Foto, dengan mod lain di bahagian kiri dan kanan di bawah pemapar. Butang untuk Denyar, Live Photo, Pemasa dan Penapis muncul di bahagian atas skrin. Imej kecil di bahagian kiri bawah memberikan akses untuk melihat foto dan video yang sedia ada. Butang Pengatup berada di bahagian tengah bawah dan butang Tukar Kamera di bahagian kanan bawah.

Ambil gambar seperti profesional

Gunakan kamera iPhone anda untuk mencipta foto yang hebat, seakan profesional, serta edit dan kongsikan dengan rakan dan keluarga anda dengan mudah.

Ketahui cara terbaik mengambil gambar

Laporan mingguan Masa Skrin, menunjukkan jumlah masa yang diluangkan pada jumlah app, mengikut kategori dan mengikut app.

Kekal berinformasi dengan Masa Skrin

Masa Skrin membenarkan anda mengetahui jumlah masa yang anda luang menggunakan app, tapak web dan banyak lagi. Gunakan Masa Skrin untuk membuat keputusan tentang cara anda menggunakan iPhone anda dan setkan had jika anda mahu.

Urus cara anda meluangkan masa pada iPhone

Skrin Data Kesihatan untuk app Kesihatan menunjukkan carta bagi jumlah langkah harian. Di bahagian atas carta ialah butang untuk menunjukkan langkah yang diambil dalam hari, minggu, bulan, atau tahun.

Mulakan tabiat yang sihat

Gunakan iPhone untuk kekal aktif semasa siang hari dan mendapat tidur yang nyenyak di malam hari.

Capai matlamat kesihatan dan kesejahteraan anda dengan iPhone

Untuk melayari Panduan Pengguna iPhone, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan iPhone.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.