Skrin Helo yang kelihatan apabila anda menghidupkan iPhone anda untuk kali pertama.

Bermula

Sediakan beberapa ciri asas sebelum anda mula menggunakan iPhone baharu anda.

Asas persediaan

Skrin panggilan iPhone dengan Poster Kenalan unik.

Tambah sentuhan peribadi

iPhone anda boleh menunjukkan gaya peribadi dan keutamaan anda. Pamerkan foto kegemaran anda pada Skrin Kunci, tambah widget ke Skrin Utama, laraskan saiz teks, nada dering dan banyak lagi.

Jadikan iPhone milik anda

Skrin Kamera dalam mod Foto, menunjukkan empat orang dalam bingkai Kamera.

Ambil syot terbaik anda

Gunakan iPhone anda untuk merakam detik, di mana-mana sahaja anda berada. Ketahui cara untuk mengambil foto dan video dalam perjalanan dan gunakan ciri kamera lain pada iPhone anda.

Ambil foto dan video yang hebat

Panggilan FaceTime.

Kekal berhubung

iPhone memudahkan anda menghubungi orang yang penting untuk anda. Tambah mereka ke kenalan anda supaya anda mempunyai maklumat mereka di mana-mana anda memerlukannya—kemudian kekal terkini dengan mesej teks, panggilan telefon, atau FaceTime.

Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga

Skrin Perkongsian Keluarga dalam Seting. Lima ahli keluarga disenaraikan. Di bawah nama mereka ialah Senarai Semak Keluarga dan di bawahnya ialah pilihan Langganan dan Perkongsian Pembelian.

Semua dalam keluarga

Anda dan ahli keluarga anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi pembelian app yang layak, lokasi anda dan juga data kesihatan. Anda juga boleh menyediakan kawalan ibu bapa untuk mengurus cara kanak-kanak meluangkan masa dengan peranti mereka.

Kongsi ciri dengan keluarga anda

Skrin Rumah Saya dalam app Rumah.

Ringkaskan hari anda

Ketahui cara menggunakan app pada iPhone anda untuk menunjukkan anda tempat yang anda paling kerap pergi, membayar kopi anda, mengingatkan anda tentang tugas penting dan mengunci pintu hadapan anda secara automatik apabila anda meninggalkan rumah.

Gunakan iPhone untuk rutin harian anda

Skrin iPhone menunjukkan bateri dicas 100%.

Petua pro

Semak petua daripada penasihat Sokongan Apple ini untuk memastikan iPhone anda dan maklumat yang anda simpan di dalamnya selamat dan sulit.

Nasihat pakar daripada Sokongan Apple

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.