Gunakan Kawalan Kamera pada model iPhone 16
Kawalan Kamera pada iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max membolehkan anda membuka kamera iPhone anda dengan cepat dan mengakses seting kamera biasa. Lokasi Kawalan Kamera ditunjukkan di bawah.
![Anak panah menunjukkan lokasi Kawalan Kamera di sisi iPhone.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/2def76b2f1018f2309121378d3382bab.png)
Buka Kamera dengan Kawalan Kamera
Klik Kawalan Kamera untuk membuka Kamera .
Ambil foto atau video menggunakan Kawalan Kamera
Klik Kawalan Kamera untuk membuka Kamera
.
Klik semula untuk mengambil foto atau klik dan tahan untuk merakam video.
Nota: Jika kamera anda disetkan ke mod Video pada pelancaran, klik untuk mula merakam.
Seting tersedia dengan Kawalan Kamera
Anda boleh memilih dan melaraskan mana-mana seting berikut dengan Kawalan Kamera:
Pendedahan: Cerahkan atau gelapkan pemandangan dengan meningkatkan atau mengurangkan pendedahan.
Kedalaman: Tingkatkan atau kurangkan kesan kedalaman medan latar belakang (seting ini mengaktifkan mod Potret jika ia belum lagi dipilih).
Zum: Zum masuk atau keluar.
Kamera: Tukar antara kamera, termasuk kamera pandang depan (iOS 18.1 atau lebih baharu).
Gaya: Tukar Gaya Fotografi.
Ton: Cerahkan atau gelapkan suasana dengan meningkatkan atau mengurangkan ton.
Nota: Bukan semua kawalan tersedia dalam semua mod kamera.
Pilih dan laraskan seting Kawalan Kamera
Klik Kawalan Kamera untuk membuka Kamera
.
Tekan lembut Kawalan Kamera dua kali untuk membuka tindihan yang menunjukkan seting tersedia untuk mod kamera itu (lihat di bawah).
Luncurkan jari anda pada Kawalan Kamera untuk skrol menerusi pilihan seting, kemudian tekan dengan lembut untuk memilih seting yang anda mahu.
Luncurkan jari pada Kawalan Kamera untuk melaraskan seting.
Seting disimpan dan kelihatan pada kali seterusnya anda menekan lembut Kawalan Kamera.
Klik Kawalan Kamera untuk mengambil syot anda.
Kunci pendedahan dan fokus dengan Kawalan Kamera
Anda boleh menggunakan Kawalan Kamera untuk mengunci seting pendedahan dan fokus ke atas subjek semasa anda mengambil foto dan merakam video (iOS 18.2 atau lebih baharu).
Pergi ke Seting
, kemudian ketik Kamera.
Ketik Kawalan Kamera, kemudian aktifkan Kunci AE/AF.
Selepas anda menyelesaikan langkah 1 dan 2, anda tidak perlu mengulangnya untuk menggunakan Kunci AE/AF.
Klik Kawalan Kamera untuk membuka Kamera
.
Tekan dan tahan Kawalan Kamera secara lembut sehingga anda melihat Kunci AE/AF di atas bingkai.
Terus menekan Kawalan Kamera dengan lembut untuk mengekalkan Kunci AE/AF.
Nota: Jika anda melepaskan Kawalan Kamera, Kunci AE/AF dinyahaktifkan.
Klik Kawalan Kamera untuk mengambil foto atau klik dan tahan untuk merakam video.
Lepaskan Kawalan Kamera untuk menyahaktifkan Kunci AE/AF.
Sesuaikan cara anda menggunakan Kawalan Kamera
Anda boleh menukar bilangan klik yang diperlukan untuk membuka Kamera dengan Kawalan Kamera dari satu ke dua klik.
Pergi ke Seting
, kemudian ketik Kamera.
Ketik Kawalan Kamera, kemudian ketik Satu Klik atau Dua Klik.
Anda juga boleh melaraskan pilihan kebolehcapaian untuk Kawalan Kamera, seperti tekanan yang diperlukan untuk tekan lembut atau kelajuan yang diperlukan untuk tekan lembut dua kali. Lihat Laraskan seting kebolehcapaian untuk Kawalan Kamera.
Gunakan kecerdasan visual dengan Kawalan Kamera
Jika anda mempunyai model iPhone 16 dan Apple Intelligence diaktifkan, anda boleh menggunakan kecerdasan visual dengan Kawalan Kamera untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat dan objek di sekeliling anda dengan cepat. Contohnya, dapatkan butiran tentang restoran atau perniagaan, buatkan teks diterjemah atau dibaca secara kuat, cari tempat untuk membeli sesuatu yang anda lihat dan banyak lagi. Lihat Gunakan kecerdasan visual dengan Kawalan Kamera pada iPhone.