iOS 18
Cari foto perjalanan anda pada iPhone
Dalam app Foto, anda boleh mencari foto dan video daripada perjalanan anda yang dikumpul menjadi koleksi dengan cepat, berdasarkan data lokasi daripada foto.

Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Skrol ke bawah ke Perjalanan, kemudian ketik koleksi perjalanan yang anda mahu lihat.
Untuk mencari foto perjalanan daripada perjalanan yang lebih lama, ketik Perjalanan, kemudian pilih tahun untuk dilayari.