Nyanyi bersama dengan Apple Music pada iPhone
Pelanggan Apple Music boleh menggunakan Apple Music Sing untuk melihat lirik masa nyata, rentak demi rentak untuk lagu dipilih serta melaraskan kelantangan vokal lagu—membolehkan anda nyanyi bersama muzik semasa melihat lirik yang diserlahkan.
Apple Music Sing tersedia pada iPhone 11 dan lebih baharu serta iPhone SE (generasi ke-3) menggunakan iOS 16.2 atau lebih baharu.
Laraskan kelantangan suara lagu
Pergi ke app Muzik
pada iPhone anda.
Semasa lagu sedang bermain, ketik Pemain Mini untuk membuka skrin Kini Dimainkan, kemudian ketik
.
Sentuh dan tahan
, kemudian seret gelangsar ke atas atau bawah untuk melaraskan kelantangan suara.
Untuk menyahaktifkan Apple Music Sing bagi lagu, ketik gelangsar.
Jika anda mendengar lagu yang dimainkan dengan Dolby Atmos dan anda mengaktifkan Apple Music Sing, Dolby Atmos dinyahaktifkan dan lagu dimainkan tanpa bunyi keliling. Jika anda menyahaktifkan Apple Music Sing dan lagu dimainkan dengan Dolby Atmos lagi.
![Skrin Kini Dimainkan menunjukkan gelangsar Apple Music Sing di sebelah kanan lirik. Lirik yang sedang dimainkan diserlahkan.](https://help.apple.com/assets/6758C14AEA2BBD75D7023772/6758C150890517C4260090D6/ms_MY/1d036cc0497f84183f1a1f9e68ae2f52.png)
Nyanyi atas skrin dengan kesan visual pada Apple TV 4K
Anda boleh menggunakan iPhone anda sebagai Kamera Kesinambungan untuk melihat diri anda menyanyi atas skrin bersama lirik. Anda boleh menambah kesan visual ke imej dan lirik anda yang meningkatkan pengalaman menyanyi bersama.
Lihat Gunakan iPhone anda sebagai kamera web pada Mac dan Gunakan Apple Music Sing pada Apple TV dalam Panduan Pengguna Apple TV.