Jadikan teks lebih mudah dibaca pada iPhone
Anda boleh menjadikan teks lebih mudah dibaca pada iPhone dengan meningkatkan saiznya, menjadikannya tebal dan banyak lagi.
![iPhone dengan app Mail dibuka. E-mel dipaparkan dengan teks besar dan terang.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/63e84146bb9692738e51de5dce0003ce.png)
Jadikan teks lebih besar dan lebih tebal
Anda boleh mengesetkan saiz teks utama tunggal untuk semua app disokong (termasuk Kalendar, Mail, Mesej, Nota, Seting dan banyak lagi). Anda juga boleh mengaktifkan teks tebal.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jadikan teks lebih besar: Ketik Teks Lebih Besar, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan saiz teks.
Untuk saiz teks tambahan, aktifkan Saiz Kebolehcapaian Lebih Besar.
Jadikan teks lebih tebal: Aktifkan Teks Tebal.
Petua: Tukar saiz teks semasa anda berada dalam app. Buka Pusat Kawalan, kemudian laraskan gelangsar Saiz Teks . Jika anda tidak melihat gelangsar Saiz Teks, ketik
di penjuru atas kiri, ketik Tambah Kawalan, kemudian ketik kawalan Saiz Teks.
Anda juga boleh mengaktifkan Zum Paparan untuk meningkatkan saiz teks serta element antara muka seperti ikon dan butang.
Kenal pasti teks boleh diketik
Anda boleh menggariskan sebarang teks yang melaksanakan tindakan apabila anda mengetiknya.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.
Aktifkan Bentuk Butang.
Anda juga boleh menukar paparan warna pada iPhone untuk memudahkan anda melihat perkara atas skrin atau zum masuk pada skrin.