Sediakan atau sertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada iPhone
Dengan ciri Pustaka Foto Dikongsi iCloud, anda boleh menyediakan atau menyertai pustaka dikongsi untuk berkongsi foto dan video dengan sehingga lima rakan atau ahli keluarga lain. Anda dan orang yang rapat dengan anda boleh bekerjasama pada koleksi foto dan menikmati memori yang lebih sempurna, semuanya di satu tempat. Anda boleh tergolong dalam satu pustaka dikongsi pada satu masa.
![Pustaka Foto Dikongsi iCloud dalam app Foto. Butang Pustaka Dikongsi di penjuru kiri bawah dipilih dan Pustaka Dikongsi dipilih dalam senarai pilihan pustaka. Semua foto yang dipaparkan dalam pustaka mempunyai lencana pustaka dikongsi di penjuru kanan atas.](https://help.apple.com/assets/6758C14AEA2BBD75D7023772/6758C150890517C4260090D6/ms_MY/3c8c42c47959c9c8e480faf71004bb75.png)
Apabila anda menyertai pustaka dikongsi, foto dan video yang anda sumbangkan dialihkan daripada pustaka peribadi anda ke pustaka dikongsi dan semua ahli pustaka boleh melihat, mengedit dan memadamkannya. Foto dan video pustaka dikongsi disepadukan secara lancar dalam app Foto bersama kandungan peribadi anda, tetapi anda juga boleh menggunakan penapis untuk bertukar antara pustaka peribadi dan dikongsi anda dengan cepat.
Nota: iOS 16.1, iPadOS 16.1, macOS 13 atau lebih baharu ialah keperluan sistem minimum untuk menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud. Foto dan video yang ditambah pada pustaka dikongsi tidak tersedia pada peranti dengan versi perisian yang terdahulu.
Sebelum anda bermula
Sebelum anda menyediakan atau menyertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud, pastikan anda mengaktifkan Foto iCloud.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Foto, kemudian pastikan “Selaraskan iPhone ini” aktif.
Nota: Anda tidak perlu mengaktifkan Perkongsian Keluarga untuk menyediakan pustaka dikongsi.
Sediakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud
Orang yang menyediakan pustaka dikongsi ialah pengelola.
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Ketik akaun anda di penjuru kanan atas.
Ketik Pustaka Dikongsi, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menambah peserta dan mengalihkan foto serta video ke dalam pustaka dikongsi.
Nota: Foto dan video yang anda tambah ke pustaka dikongsi tidak kelihatan dalam pustaka peribadi anda; lihat Bertukar antara melihat Pustaka Foto Dikongsi iCloud dan pustaka peribadi anda.
Anda boleh mempratonton foto dan video yang anda tambah ke pustaka dikongsi dan membuat perubahan sebelum anda menjemput peserta menggunakan Mesej atau pautan web.
Sertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud
Untuk menyertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud, ketik jemputan yang dihantar daripada pengelola, ketik Mulakan, kemudian ikuti arahan atas skrin. Semasa persediaan, anda boleh menambah foto dan video ke pustaka dikongsi dengan cara sama seperti pengelola (lihat Sediakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud).
Selepas anda menyertai pustaka dikongsi, anda boleh menambah foto dan video pada pustaka dikongsi dengan beberapa cara dan mengakses kandungan sama dalam pustaka dikongsi seperti pengelola dan peserta lain. Lihat Tambah kandungan ke Pustaka Foto Dikongsi iCloud.
Tambah peserta ke Pustaka Foto Dikongsi iCloud
Orang yang menyediakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud (pengelola) boleh menambah peserta baharu pada pustaka dikongsi.
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Ketik akaun anda di penjuru kanan atas.
Ketik Urus di sebelah kanan Pustaka Dikongsi, kemudian ketik Tambah Peserta.
Nota: Pustaka dikongsi boleh menyertakan sehingga enam peserta termasuk pengelola; anda boleh termasuk dalam satu pustaka dikongsi pada satu masa.
Padamkan atau tinggalkan Pustaka Foto Dikongsi iCloud
Jika anda ialah pengelola Pustaka Foto Dikongsi iCloud, anda boleh memadamnya. Jika anda bukan pengelola, anda boleh meninggalkan pustaka dikongsi.
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Ketik akaun anda di penjuru kanan atas.
Ketik Urus di sebelah kanan Pustaka Dikongsi, kemudian ketik salah satu daripada berikut:
Padam Pustaka Dikongsi: Apabila pustaka dikongsi dipadamkan, peserta yang merupakan ahli pustaka dikongsi untuk lebih daripada 7 hari boleh menyalin semua daripada pustaka dikongsi ke dalam pustaka mereka sendiri. Peserta yang telah menjadi ahli kurang daripada 7 hari hanya boleh menyalin kandungan yang mereka sumbangkan.
Tinggalkan Pustaka Dikongsi: Apabila anda meninggalkan pustaka dikongsi, anda boleh menyalin segalanya dari pustaka dikongsi ke pustaka anda sendiri atau hanya kandungan yang anda sumbangkan.
Semua kandungan yang ditambah ke pustaka dikongsi dikira dalam ruang storan iCloud pengelola pustaka. Lihat Tambah ruang storan ke Pustaka Foto Dikongsi iCloud anda.