Bekerjasama pada dokumen dalam FaceTime pada iPhone
Dalam panggilan FaceTime, anda boleh bekerjasama pada dokumen dikongsi. Anda boleh memulakan kerjasama dalam panggilan FaceTime yang sedang berlangsung atau anda boleh memulakan kerjasama daripada app yang dokumen dicipta.
Mulakan perbualan dalam app FaceTime
dengan orang yang anda mahu bekerjasama. (Lihat Buat panggilan FaceTime.)
Ketik
, kemudian pilih app yang anda mahu gunakan di bawah Kerjasama.
Jika anda tidak melihat
, ketik skrin untuk membuka kawalan FaceTime.
Buka dokumen, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Kerjasama dalam pemberitahuan yang muncul.
Ketik
, pilih cara untuk berkongsi dokumen (FaceTime, AirDrop, Mail, atau Mesej), kemudian ketik Kerjasama.
Ketik Mula dalam pemberitahuan kerjasama yang kelihatan di bahagian atas skrin anda.
Pesera mendapat pemberitahuan yang anda telah berkongsi dokumen yang anda mahu untuk bekerjasama. Apabila mereka mengetik Buka dalam pemberitahuan, dokumen terbuka pada peranti mereka.
Semua orang yang menerima dan membuka dokumen boleh membuat perubahan dan melihat perubahan yang dibuat oleh orang lain. Apabila seseorang membuat perubahan, pemberitahuan akan dihantar kepada semua kolaborator pada dokumen.