Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cari atau namakan semula rakaman dalam Memo Suara pada iPhone
Anda boleh mencari rakaman atau menamakan semula sebarang rakaman.
Cari rakaman
Pergi ke app Memo Suara
(dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.
Leret ke bawah daripada bahagian tengah senarai rakaman untuk mendedahkan medan carian.
Ketik medan carian, masukkan sebahagian atau semua nama rakaman, kemudian ketik Cari.
Nota: Anda juga boleh mencari perkataan atau frasa dalam transkrip dengan memasukkannya dalam medan.
Namakan semula rakaman
Rakaman disimpan pada awalnya dengan nama Rakaman Baharu atau nama lokasi anda, jika Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi & Keselamatan. Anda boleh menukar nama.
Pergi ke app Memo Suara
(dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.
Ketik rakaman, ketik nama, kemudian taipkan nama baharu.