Beri reaksi dengan Tapback dalam Mesej pada iPhone
Tapback memberi anda cara yang cepat dan mudah untuk membalas pada mesej, seperti hati, ibu jari atas atau ibu jari bawah, ketawa, tanda seru, tanda soal dan sebarang pelekat, Memoji atau emoji.
Nota: Untuk menghantar dan menerima emoji dan pelekat Tapback, anda dan penerima anda mesti menggunakan iOS 18, iPadOS 18, macOS Sequoia, watchOS 11, visionOS 2 atau lebih baharu.
![Perbualan Mesej dengan menu Tapback kelihatan.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/e4392c4bcde5f991f0182cc58e24e658.png)
Beri reaksi dengan Tapback
Pergi ke app Mesej
pada iPhone anda.
Buka perbualan.
Dwiketik (atau sentuh dan tahan) mesej.
Leret ke kiri untuk melihat emoji dan pelekat yang dicadangkan atau ketik
, kemudian ketik untuk memilih mana-mana jenis Tapback berikut:Emoji lain: Ketik
(lompat ke kategori emoji lain dengan ikon di sebelah kanan ).Pelekat: Ketik
.
Tapback dilampirkan pada mesej tertentu dalam perbualan dan semua orang yang merupakan sebahagian daripada perbualan boleh melihatnya.
Ketahui orang yang menghantar Tapback
Jika terdapat lebih daripada satu Tapback untuk mesej, ia kelihatan sebagai tindanan. Anda boleh mengetahui orang yang menambah setiap Tapback.
Pergi ke app Mesej
pada iPhone anda.
Buka perbualan dengan Tapback.
Dwiketik (atau sentuh dan tahan) mesej dengan Tapback.
Pengirim kelihatan berhampiran bahagian atas skrin.
Edit atau keluarkan Tapback anda
Anda hanya boleh mengedit atau mengeluarkan Tapback yang anda tambah. Anda tidak boleh mengedit atau mengeluarkan Tapback yang orang lain tambah.
Pergi ke app Mesej
pada iPhone anda.
Buka perbualan.
Ketik Tapback anda, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Gunakan Tapback berbeza: Ketik emoji, Memoji atau pelekat berbeza. (Lihat Beri reaksi dengan Tapback, di atas.)
Keluarkan Tapback: Ketik Tapback yang sama yang anda gunakan (supaya ia tidak diserlahkan).
Anda hanya boleh menambah satu Tapback untuk satu mesej. Jika anda mahu menambah pelekat tambahan, lihat Letakkan pelekat pada perbualan.