Tambah atau tukar papan kekunci pada iPhone
Anda boleh menambah papan kekunci untuk menulis atau menggunakan Perencanaan dalam bahasa yang berbeza pada iPhone anda. Anda juga boleh menukar tataletak papan kekunci atas skrin atau luaran anda.
Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa lain, anda boleh menaipkan dua bahasa tanpa perlu menukar antara papan kekunci. Papan kekunci anda bertukar antara dua bahasa yang anda gunakan paling kerap secara automatik. (Tidak tersedia untuk semua bahasa.)
Tambah atau keluarkan papan kekunci untuk bahasa lain
Pergi ke Seting
> Umum > Papan Kekunci.
Ketik Papan Kekunci, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah papan kekunci: Ketik Tambah Papan Kekunci Baharu, kemudian pilih papan kekunci daripada senarai. Ulang untuk menambah lagi papan kekunci.
Keluarkan papan kekunci: Ketik Edit, ketik
bersebelahan papan kekunci yang anda mahu keluarkan, ketik Padam, kemudian ketik Selesai.
Susun semula senarai papan kekunci anda: Ketik Edit, seret
bersebelahan papan kekunci ke tempat baharu dalam senarai, kemudian ketik Selesai.
Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa berbeza, bahasa yang berkenaan ditambah secara automatik ke senarai Tertib Bahasa Pilihan. Anda boleh melihat senarai ini dan menambah bahasa secara terus dalam Seting > Umum > Bahasa & Rantau. Anda juga boleh menyusun semula senarai untuk menukar cara app dan tapak web memaparkan teks.
Tukar ke papan kekunci lain
Semasa menaip teks, sentuh dan tahan
atau.
Ketik nama papan kekunci yang anda mahu tukar.
Anda juga boleh bertukar antara Magic Keyboard dan papan kekunci lain.
Tetapkan tataletak alternatif pada papan kekunci
Anda boleh menggunakan tataletak papan kekunci alternatif yang tidak sepadan dengan kekunci pada papan kekunci anda.
Pergi ke Seting
> Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci.
Ketik bahasa di bahagian atas skrin, kemudian pilih tataletak alternatif daripada senarai.