Laraskan kecerahan dan warna skrin pada iPhone
Pada iPhone, anda boleh membuatkan skrin anda lebih malap atau lebih cerah (memalapkan skrin akan memanjangkan hayat bateri). Anda juga boleh melaraskan kecerahan dan warna skrin secara manual atau automatik dengan Mod Gelap, True Tone dan Night Shift.
Laraskan kecerahan skrin secara manual
Untuk menjadikan skrin iPhone anda lebih malap atau cerah, lakukan satu daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, kemudian seret
ke atas atau ke bawah.
Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan, kemudian seret gelangsar.
Laraskan kecerahan skrin secara automatik
iPhone melaraskan kecerahan skrin untuk keadaan cahaya semasa menggunakan sensor cahaya ambien terbina dalam.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian.
Ketik Paparan & Saiz Teks, kemudian aktifkan Kecerahan Auto.
Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Gelap
Mod Gelap memberikan keseluruhan pengalaman iPhone skema warna gelap yang sesuai untuk persekitaran dengan kurang cahaya. Dengan Mod Gelap diaktifkan, anda boleh menggunakan iPhone anda semasa membaca di atas katil, tanpa mengganggu orang di sebelah anda, contohnya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan
, kemudian ketik
untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Gelap.
Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan, kemudian pilih Gelap untuk mengaktifkan Mod Gelap, atau pilih Cerah untuk menyahaktifkannya.
![Skrin Utama iPhone dengan Mod Gelap diaktifkan.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/ffed072314f3d636e0e27cb85fa223a9.png)
Jadualkan Mod Gelap untuk diaktifkan dan dinyahaktifkan secara automatik
Anda boleh mengesetkan Mod Gelap untuk diaktifkan secara automatik pada waktu malam (atau pada jadual tersuai).
Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan.
Aktifkan Automatik, kemudian ketik Pilihan.
Pilih sama ada Matahari Terbenam hingga Terbit atau Jadual Tersuai.
Jika anda memilih Jadual Tersuai, ketik pilihan untuk menjadualkan masa yang anda mahu Mod Gelap aktif atau nyahaktif.
Jika anda memilih Matahari Terbenam hingga Terbit, iPhone menggunakan data daripada jam dan lokasi geo anda untuk menentukan bila waktu malam untuk anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan Night Shift
Anda boleh mengaktifkan Night Shift secara manual, yang membantu apabila anda dalam bilik gelap semasa siang hari.
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan , kemudian ketik
.
Jadualkan Night Shift untuk aktif atau nyahaktif secara automatik
Jadualkan Night Shift untuk menukar warna paparan anda ke warna panas spektrum pada waktu malam dan menjadikan skrin anda lebih selesa dipandang.
Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan > Night Shift.
Aktifkan Dijadualkan.
Untuk melaraskan keseimbangan warna untuk Night Shift, seret gelangsar di bawah Suhu Warna ke penghujung lebih panas atau lebih sejuk pada spektrum.
Ketik Dari, kemudian pilih sama ada Matahari Terbenam hingga Terbit atau Jadual Tersuai.
Jika anda memilih Jadual Tersuai, ketik pilihan untuk menjadualkan masa yang anda mahu Night Shift aktif atau nyahaktif.
Jika anda memilih Matahari Terbenam hingga Terbit, iPhone menggunakan data daripada jam dan lokasi geo anda untuk menentukan bila waktu malam untuk anda.
Nota: Pilihan Matahari Terbenam hingga Terbit tidak tersedia jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi dalam Seting
> Privasi & Keselamatan, atau jika anda menyahaktifkan Seting Zon Waktu dalam Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem.
Aktifkan atau nyahaktifkan True Tone
Pada model disokong, True Tone menyesuaikan warna dan keamatan paparan secara automatik untuk sepadan dengan cahaya di persekitaran anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan
, kemudian ketik
untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan True Tone.
Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan True Tone.