Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat atau batal langganan app pada iPhone
Anda boleh melihat dan mengurus langganan anda daripada Apple dan langganan yang anda beli dalam app daripada App Store. Anda juga boleh membatalkan sebarang langganan yang anda tidak lagi mahukan.
Lihat dan urus langganan anda
Pergi ke Seting
> [nama anda] > Langganan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar langganan sedia ada.
Perbaharui langganan tamat tempoh.
Kongsi langganan yang layak dengan ahli keluarga lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Aktifkan Penerimaan Pembaharuan.
Batalkan langganan
Pergi ke Seting
> [nama anda] > Langganan.
Ketik langganan, kemudian ketik Batalkan Langganan atau Batalkan Semua Perkhidmatan.