Sambungkan iPhone ke aksesori Bluetooth
Sambungkan iPhone ke aksesori Bluetooth® untuk menstrim muzik dan video, bermain permainan, bersambung ke papan kekunci dan banyak lagi.
Pasangkan iPhone anda dengan aksesori Bluetooth
Letakkan aksesori Bluetooth anda dalam mod temui. Jika anda tidak pasti cara untuk menjadikannya boleh ditemui, semak arahan yang datang dengan aksesori anda.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting
> Bluetooth, kemudian pastikan Bluetooth diaktifkan.
Ketik nama aksesori apabila ia kelihatan atas skrin, di bawah senarai peranti.
Anda mungkin perlu memasukkan PIN aksesori atau kod laluan. Semak arahan yang datang dengan aksesori anda.
Nota: iPhone mesti berada dalam lebih kurang 33 kaki (10 meter) dari peranti Bluetooth untuk dipasangkan.
Jika anda menghadapi masalah memasangkan aksesori anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menyambungkan aksesori Bluetooth ke iPhone atau iPad anda.
Nyahpasangkan aksesori Bluetooth
Pada iPhone anda, pergi ke Seting
> Bluetooth.
Ketik
bersebelahan aksesori yang anda mahu nyahpasangkan, kemudian ketik Lupakan Peranti Ini.
Ketik Lupakan Peranti untuk mengesahkan.
Jika anda tidak dapat melihat senarai peranti, pastikan Bluetooth diaktifkan.
Nota: Jika anda menyahpasang AirPods, ia dinyahpasangkan secara automatik daripada peranti lain yang anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Putuskan sambungan daripada semua aksesori Bluetooth
Jika anda perlu memutuskan sambungan iPhone anda daripada semua peranti Bluetooth dengan cepat tanpa menyahaktifkan Bluetooth, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Aksesori dan peranti Bluetooth anda terputus sambungan daripada iPhone anda sehingga hari seterusnya.
Nota: Penggunaan aksesori tertentu dengan iPhone mungkin menjejaskan prestasi wayarles. Bukan semua aksesori iOS atau iPadOS serasi sepenuhnya dengan iPhone. Mengaktifkan Mod Pesawat boleh mencegah gangguan audio antara iPhone dan aksesori. Mengubah orientasi atau menempatkan semula iPhone dan aksesori bersambung boleh meningkatkan prestasi wayarles.