Sediakan dan dengar peranti Bluetooth pada iPhone
Menggunakan sambungan Bluetooth, anda boleh mendengar iPhone pada fon kepala wayarles, speaker, kit kereta dan banyak lagi.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran dan mengelakkan gangguan perhatian yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.
Pasangkan peranti Bluetooth
Ikut arahan yang datang bersama peranti untuk meletaknya dalam mod penemuan.
Nota: Untuk memasangkan AirPods, lihat Sediakan AirPods dengan iPhone.
Pada iPhone, pergi ke Seting
> Bluetooth, aktifkan Bluetooth, kemudian ketik nama peranti.
iPhone mesti berada dalam lingkungan 33 kaki (10 meter) dari peranti Bluetooth.
Pintaskan peranti Bluetooth anda untuk panggilan
Untuk menggunakan penerima atau speaker iPhone untuk panggilan, lakukan mana-mana yang berikut:
Jawab panggilan dengan mengetik skrin iPhone.
Semasa panggilan, ketik Audio, kemudian pilih iPhone atau Telefon Speaker.
Matikan peranti Bluetooth, batalkan berpasangan atau bergerak ke luar liputan.
Pergi ke Seting
, ketik Bluetooth, kemudian nyahaktifkan Bluetooth.
Main audio daripada iPhone pada peranti audio Bluetooth
Pada iPhone anda, buka app audio, seperti Muzik, kemudian pilih item untuk dimainkan.
Ketik
, kemudian pilih peranti Bluetooth anda.
Semasa audio dimainkan, anda boleh menukar destinasi main balik daripada skrin Kunci atau Pusat Kawalan.
Destinasi main balik kembali ke iPhone jika anda mengalihkan peranti keluar daripada julat Bluetooth.
Nyahpasangkan peranti Bluetooth
Pergi ke Seting > Bluetooth, ketik
bersebelahan nama peranti, kemudian ketik Lupakan Peranti Ini.
Jika anda tidak dapat melihat senarai Peranti, pastikan Bluetooth diaktifkan.
Jika anda mempunyai AirPods dan anda mengetik Lupakan Peranti Ini, ia dikeluarkan secara automatik daripada peranti lain yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth
Untuk memutuskan sambungan daripada semua peranti Bluetooth dengan cepat tanpa menyahaktifkan Bluetooth, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Untuk mengetahui tentang seting privasi Bluetooth pada iPhone, lihat artikel Sokongan Apple Jika app mahu menggunakan Bluetooth pada peranti anda. Jika anda menghadapi masalah menyambungkan peranti Bluetooth, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menyambungkan aksesori Bluetooth ke iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Nota: Penggunaan aksesori tertentu dengan iPhone mungkin menjejaskan prestasi wayarles. Bukan semua aksesori iOS serasi sepenuhnya dengan iPhone. Mengaktifkan mod pesawat boleh mencegah gangguan audio antara iPhone dan aksesori. Mengubah orientasi atau menempatkan semula iPhone dan aksesori bersambung boleh meningkatkan prestasi wayarles.