Model iPhone yang serasi dengan iOS 18
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan iPhone dan menerokai semua perkara hebat yang iPhone boleh lakukan dengan iOS 18.2, yang serasi dengan model berikut:
![]() | ![]() |
Ciri dan app anda mungkin berbeza bergantung pada model iPhone, rantau, bahasa dan pembawa anda. Untuk mengetahui ciri yang disokong di rantau anda, lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.
Nota: App dan perkhidmatan yang menghantar atau menerima data menerusi rangkaian selular, atau yang menjawab panggilan masuk, mungkin dikenakan caj tambahan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat tentang kadar pelan dan bayaran anda.
Kenal pasti model iPhone dan versi iOS anda
Pergi ke Seting > Umum > Perihal. Lihat Dapatkan maklumat tentang iPhone anda.
Untuk menentukan model iPhone anda daripada butiran fizikal, lihat artikel Sokongan Apple Kenal pasti model iPhone anda.
Dapatkan kemas kini iOS
Untuk mengemas kini iPhone anda ke perisian iOS terbaharu yang serasi dengan model anda, pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian. Lihat Kemas kini iOS pada iPhone.