iOS 18
Tukar paparan Nota pada iPhone
Anda boleh menukar cara nota anda kelihatan dalam app Nota . Tambah garis atau grid pada nota anda, lihat nota sebagai senarai atau galeri dan lihat semua lampiran di satu tempat.
Tunjukkan garis atau grid dalam nota
Dalam nota sedia ada: Ketik
, ketik Garis & Grid, kemudian pilih gaya.
Dalam semua nota baharu: Pergi ke Seting
> App > Nota, kemudian ketik Garis & Grid.
Lihat nota sebagai senarai atau galeri
Semasa melihat folder nota, ketik , kemudian ketik Lihat sebagai Senarai atau Lihat sebagai Galeri.
Lihat semua lampiran
Semasa melihat folder nota, ketik , kemudian ketik Lihat Lampiran.