Rakam video ProRes dengan kamera iPhone anda
Pada model disokong, anda boleh menggunakan kamera iPhone untuk merakam dan mengedit video dalam ProRes yag menawarkan fideliti warna yang lebih tinggi dan kurang pemampatan.
ProRes tersedia pada semua kamera, termasuk kamera depan. ProRes tidak disokong dalam mod Sinematik, Selang masa atau Slo-mo.
Nota: Video ProRes menghasilkan saiz fail yang lebih besar.
Sediakan ProRes
Untuk menyediakan ProRes, pergi ke Seting > Kamera > Format, kemudian aktifkan Apple ProRes.
Rakam video dengan ProRes
Buka Kamera
pada iPhone anda.
Pilih mod Video, kemudian ketik
untuk mengaktifkan ProRes.
Untuk mula merakam, ketik butang Rakam, tekan salah satu butang kelantangan atau klik Kawalan Kamera (pada model disokong).
Semasa merakam dengan kamera belakang, anda boleh cubit untuk zum masuk atau keluar, ketik .5x, 1x, 2x, 3x dan 5x (bergantung pada model anda) untuk bertukar antara kanta, atau sentuh dan tahan pemilih kanta, kemudian luncurkan dial untuk kawalan zum yang lebih tepat.
Untuk berhenti merakam, ketik butang Rakam, tekan salah satu butang kelantangan, atau klik Kawalan Kamera (pada model disokong).
Ketik
apabila anda mahu menyahaktifkan ProRes.
ProRes tersedia untuk rakaman sehingga 4K pada 30 bps. iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max boleh merakam 4K pada 60 bps apabila disambungkan dengan peranti storan luaran yang serasi. iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max boleh merakam 4K pada 120 bps apabila disambungkan ke peranti storan luaran yang serasi.
Pada model iPhone 15 Pro dan iPhone 16 Pro dengan 128 GB, merakam ke storan dalaman hanya tersedia pada 1080p pada 30 bps, tetapi boleh merakam 4K sehingga 60 bps pada model iPhone 15 Pro dan sehingga 120 bps pada model iPhone 16 apabila disambungkan ke peranti storan luaran yang serasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Apple ProRes pada iPhone.
Pilih pilihan pengekodan warna untuk rakaman ProRes anda
Pada iPhone 15 Pro iPhone 15 Pro Max, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, anda boleh memilih antara pengekodan warna HDR, SDR atau Log apabila anda merakam video dalam ProRes.
Pergi ke Seting
> Kamera > Format, kemudian aktifkan Apple ProRes.
Ketik Pengekodan ProRes, kemudian ketik HDR, SDR atau Log.