Ikuti podcast kegemaran anda pada iPhone
Apabila anda menemui rancangan yang anda suka dalam app Podcast, ikuti rancangan untuk menambahnya ke pustaka anda supaya anda boleh dimaklumkan tentang episod baharu, menukar tertib main balik dan banyak lagi.
Ikuti podcast
Apabila anda mengikuti podcast, ia ditambah ke pustaka anda. Anda boleh mengakses podcast yang anda ikuti pada peranti Apple lain anda, atau pada app Apple Podcasts.
Pergi ke app Podcast
pada iPhone anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Semasa melihat maklumat rancangan: Ketik Ikuti.
Anda juga boleh mengetik
, kemudian ketik Ikuti Rancangan.
Semasa melihat maklumat episod, atau daripada Kini Dimainkan: Ketik
, kemudian ketik Ikuti Rancangan.
Nyahikut podcast
Pergi ke app Podcast
pada iPhone anda.
Ketik Pustaka, kemudian ketik Rancangan.
Ketik rancangan yang anda ikuti, ketik
, kemudian ketik Nyahikut Rancangan.
Dapatkan makluman untuk episod baharu
Dapatkan makluman apabila episod baharu tersedia untuk podcast yang anda ikuti.
Pergi ke app Podcast
pada iPhone anda.
Ketik Laman Utama.
Ketik
atau gambar anda.
Ketik Pemberitahuan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pemberitahuan.