Sediakan Apple Pay dalam Wallet pada iPhone
Menggunakan Apple Pay adalah lebih mudah dan selamat berbanding menggunakan kad fizikal. Dengan kad anda disimpan dalam app Wallet, anda boleh menggunakan Apple Pay untuk membuat bayaran dengan selamat di kedai, untuk transit, dalam app dan di tapak web yang menyokong Apple Pay.
Nota: Ketersediaan Apple Pay dan cirinya berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Negara dan rantau yang menyokong Apple Pay.
Untuk menyediakan Apple Pay, tambah kad debit, kredit dan prabayar anda ke Wallet.
![Skrin Wallet, yang menunjukkan kad kredit.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/043aa41dba63beb5de232d7298873241.png)
Tambah kad debit atau kredit
Anda boleh menambah kad disokong daripada pengeluar kad yang mengambil bahagian. Untuk menyemak jika kada anda serasi dengan Apple Pay, hubungi pengeluar kad.
Pergi ke app Wallet
pada iPhone anda.
Ketik
. Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk dengan Akaun Apple anda.
Tambah mana-mana jenis kad berikut:
Kad baharu: Ketik Kad Debit atau Kredit, ketik Teruskan, kemudian pegang iPhone berdekatan cip pada kad. Jika kad tidak mempunyai cip, ketik Masukkan Butiran Kad Secara Manual, kemudian masukkan nombor kad atau ketik Imbas Kad dengan Kamera.
Apple Card: Lihat Gunakan Apple Card pada iPhone.
Kad anda yang sebelumnya: Ketik Kad Sebelumnya, kemudian pilih mana-mana kad yang anda gunakan sebelumnya. Kad ini mungkin menyertakan kad yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda, kad yang anda gunakan dengan Apple Pay pada peranti lain anda, kad yang anda tambahkan ke Isi Auto Safari, atau kad yang anda telah keluarkan daripada Wallet. Ketik Teruskan, sahkan dengan Face ID atau Touch ID, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Kad daripada app disokong. Di bawah “Daripada App pada iPhone Anda”, ketik app bank atau pengeluar kad anda.
Sahkan maklumat anda dengan bank atau pengeluar kad anda. Ia mungkin meminta anda untuk menyediakan maklumat lanjut atau memuat turun app sebelum meluluskan kad anda untuk digunakan dengan Apple Pay.
Petua: Jika anda mempunyai Apple Watch berpasangan, anda juga mempunyai pilihan untuk menambah kad ke jam tangan anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menambah kad ke Apple Wallet untuk digunakan dengan Apple Pay.
Setkan kad lalai untuk bayaran
Kad debit atau kredit pertama yang anda tambahkan ke Wallet menjadi kad lalai. Untuk memilih kad yang berbeza, lakukan yang berikut:
Pergi ke app Wallet
pada iPhone anda.
Sentuh dan tahan kad yang anda mahu setkan sebagai lalai, kemudian seretnya ke depan tindanan.
Sambungkan akaun anda kepada Wallet
Dengan pengeluar kad yang mengambil bahagian, anda boleh menyambungkan akaun anda kepada Wallet. Apabila akaun anda disambungkan, anda boleh melihat baki akaun anda, sejarah penuh transaksi dan banyak lagi dalam Wallet.
Pergi ke app Wallet
pada iPhone anda.
Ketik kad yang anda mahu sambungkan.
Ketik Bermula, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyambungkan akaun anda.
Jika anda tidak melihat Bermula di bawah kad, pengeluar kad tidak menyokong ciri ini. Lihat artikel Sokongan Apple Lihat baki akaun dan sejarah penuh transaksi anda dalam app Wallet.
Lihat dan uruskan butiran kad
Jika anda mempunyai Apple Card, lihat Gunakan Apple Card pada iPhone. Untuk kad lain, lakukan yang berikut:
Pergi ke app Wallet
pada iPhone anda.
Ketik kad.
Nota: Transaksi terbaharu mungkin kelihatan, menunjukkan amaun dibenarkan yang mungkin berbeza daripada amaun bayaran yang dicaj ke akaun anda. Contohnya, stesen minyak mungkin meminta kebenaran untuk $99, walaupun anda mengepam minyak hanya sebanyak $25. Untuk melihat caj terakhir, lihat penyata daripada pengeluar kad anda, yang menyertakan semua transaksi Apple Pay.
Ketik
, kemudian ketik mana-mana yang berikut:
Nombor Kad: Lihat empat digit terakhir dari nombor kad dan Nombor Akaun Peranti—nombor kad dihantar ke peniaga.
Butiran Kad: Lihat lebih banyak maklumat; tukar alamat pengebilan; aktifkan atau nyahaktifkan sejarah transaksi; atau keluarkan kad daripada Wallet.
Pemberitahuan: Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan.