Gunakan Siri untuk Mengawal CarPlay
CarPlay menggunakan kawalan suara Siri, supaya anda boleh meminta apa yang anda mahukan. (Anda juga boleh menggunakan kawalan terbina dalam kereta anda untuk mengawal CarPlay.)
Gunakan Siri pada CarPlay
Lakukan satu daripada berikut sehingga Siri mengeluarkan bunyi bip:
Tekan dan tahan butang perintah suara pada stereng.
Sentuh dan tahan
atau
pada skrin sentuh yang memaparkan CarPlay.
Anda juga boleh menyebut “Hai Siri” untuk mengaktifkan Siri dalam kenderaan disokong.
Gunakan Siri untuk bertanya soalan atau melakukan sesuatu.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Dapatkan arah ke kedai kopi terdekat”
“Hubungi Azim”
“Mainkan lebih banyak lagu seperti ini”
“Tunjukkan saya peta”
“Apakah mesyuarat saya yang seterusnya?”
“Apakah cuaca hari ini?”
“Ingatkan saya untuk mengambil payung apabila saya pulang ke rumah”
Petua: Berbanding menunggu Siri untuk perasan bahawa anda telah berhenti bercakap, anda boleh tekan dan terus menahan butang perintah suara pada stereng ketika anda bercakap, kemudian lepaskan apabila anda selesai.
Siri juga membuat cadangan dalam CarPlay untuk perkara yang anda mungkin mahu lakukan seterusnya, seperti mengendalikan pintu garaj apabila anda tiba di rumah atau memandu ke mesyuarat seterusnya. Lihat Perihal Cadangan Siri.