Edit foto dan video pada iPhone
Selepas anda mengambil foto atau video, gunakan alat dalam app Foto untuk mengeditnya pada iPhone anda. Anda boleh melaraskan cahaya dan warna, menambah penapis dan banyak lagi.
Apabila anda menggunakan Foto iCloud, sebarang pengeditan yang anda lakukan pada foto dan video anda disimpan merentas semua peranti anda.
Petua: Untuk memilih warna latar belakang mod Edit—contohnya, untuk mengesetnya untuk sentiasa gelap—lihat Setkan warna latar belakang mod Edit.
Laraskan cahaya dan warna
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Ketik foto atau video untuk membukanya, kemudian ketik
.
Leret ke kiri di bawah foto untuk melihat pelarasan pencahayaan yang anda boleh lakukan—contohnya, Pendedahan, Kegemerlapan, Serlahan dan Bayang.
Ketik seting pencahayaan yang anda mahu laraskan, kemudian seret gelangsar untuk membuat pelarasan tepat.
Paras pelarasan yang anda lakukan untuk setiap seting pencahayaan ditandakan oleh garis kasar di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekilas pandang seting pencahayaan yang ditingkatkan atau dikurangkan. Ketik butang pencahayaan untuk bertukar antara foto atau video yang diedit dan foto atau video asal supaya anda boleh melihat perbezaan pada pengeditan yang anda lakukan.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Petua: Ketik untuk meningkatkan cahaya dan warna dalam foto atau video secara automatik.
Edit Gaya Fotografi foto pada model iPhone 16
Selepas anda pilih Gaya Fotografi lalai anda pada kamera iPhone 16 atau iPhone 16 Pro, anda boleh mengedit gaya atau menggunakan gaya baharu dalam pustaka anda.
Nota: Untuk mengedit Gaya Fotografi dalam app Foto, Kamera perlu menangkap foto dengan tangkapan imej Kecekapan Tinggi. Untuk mengaktifkan Kecekapan Tinggi, pergi ke Seting > Kamera > Format, kemudian ketik Kecekapan Tinggi.
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Buka foto yang diambil dengan Gaya Fotografi, kemudian ketik
.
Pastikan Gaya dipilih di bahagian bawah skrin, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih gaya baharu: Leret kiri atau kanan pada pilihan gaya di bawah imej.
Laraskan ton dan warna: Ketik
, kemudian seret jari anda untuk melaraskan ton dan warna secara serentak. Seret jari anda pada gelangsar di bawah untuk melaraskan paras keamatan. Apabila anda selesai membuat pelarasan, ketik imej.
Nota: Semasa anda membuat pelarasan, nilai untuk ton, warna dan keamatan ditunjukkan di bahagian atas skrin. Ketik anak panah bulat untuk mengesetkan semula nilai ini.
Ketik Selesai.
Gunakan kesan penapis
Pada model iPhone 15 atau lebih awal, anda boleh menggunakan kesan penapis untuk menukar tinta foto.
Nota: Pada semua model iPhone 16, gunakan Gaya Fotografi berbanding penapis untuk memberikan foto anda rupa tersuai. Lihat Gunakan Gaya Fotografi generasi terkini dengan kamera model iPhone 16.
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Buka foto atau video, kemudian ketik
.
Ketik
untuk menggunakan kesan penapis, seperti Terang atau Dramatik.
Untuk mengeluarkan penapis yang digunakan semasa anda mengambil foto, ketik Asal.
Ketik penapis, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kesan.
Untuk membandingkan foto diedit dengan foto asal, ketik foto.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Salin dan tampal pengeditan pada berbilang foto
Anda boleh menyalin pengeditan yang anda lakukan pada satu foto (atau video) dan menampalnya pada foto lain, atau kelompok foto, semua pada masa yang sama.
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Buka foto atau video yang mengandungi pengeditan anda mahu salin.
Ketik
, kemudian ketik Salin Pengeditan.
Semak dan nyahaktifkan sebarang pengeditan yang anda tidak mahu salin, kemudian ketik Salin.
Ketik
untuk kembali ke pustaka anda.
Ketik Pilih, kemudian ketik imej kecil foto yang anda mahu tampal pengeditan, atau buka foto atau video tunggal.
Ketik
, kemudian ketik Tampal Pengeditan.
Nota: Foto menyelaraskan imbangan putih dan pendedahan foto yang diedit secara automatik untuk mencipta padanan yang lebih baik dan menjadikan foto kelihatan lebih serupa.
Tambah pelekat, teks dan banyak lagi ke foto
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Ketik foto untuk membukanya.
Ketik
, kemudian ketik
.
Ketik
untuk menambah pelekat, kapsyen, teks, bentuk, atau tandatangan anda.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal.