Tukar seting Freeform anda pada iPhone
Anda boleh menyesuaikan seting untuk app Freeform.
Aktifkan atau nyahaktifkan grid titik latar belakang
Anda boleh menunjukkan grid titik kelabu pada papan anda, yang membenarkan anda untuk melihat dengan lebih mudah sama ada item berbaris.
Pergi ke app Freeform
pada iPhone anda.
Buka papan, atau ketik
untuk memulakan papan yang baharu.
Ketik
, kemudian ketik Sembunyikan Grid atau Tunjukkan Grid.
Jajarkan item ke grid latar belakang
Anda boleh membuatkan pinggir dan titik sejajar dengan titik terdekat pada grid semasa anda saiz semula atau mengalihkan item.
Pergi ke Seting
> App > Freeform.
Aktifkan Lekat ke Grid.
Anda juga boleh mengakses seting in apabila anda bekerja di papan. Ketik , ketik Seting Penjajaran, kemudian ketik Lekat ke Grid.
Aktifkan atau nyahaktifkan panduan penjajaran
Anda boleh menggunakan panduan penjajaran untuk membantu anda menempatkan item dengan lebih tepat. Apabila panduan aktif, ia kelihatan semasa anda menyeret item pada papan dan ia dijajarkan dengan item lain.
Pergi ke Seting
> App > Freeform.
Ketik aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:
Panduan Tengah: Ini kelihatan apabila titik tengah item sejajar.
Panduan Pinggir: Ini kelihatan apabila pinggir item sejajar.
Panduan Jarak: Ini muncul apabila tiga atau lebih item diletakkan pada selang jarak yang sama dalam baris.
Anda juga boleh mengakses seting in apabila anda bekerja di papan. Ketik , ketik Seting Penjajaran, kemudian aktifkan panduan yang anda mahu gunakan. Atau nyahaktifkan panduan jika anda tidak mahunya kelihatan semasa anda menggerakkan item berdekatan satu sama lain pada papan.
Dapatkan pembayang matematik
Anda boleh memilih cara anda mahu iPhone untuk bertindak balas terhadap masalah matematik yang anda masukkan.
Pergi ke Seting
> App > Freeform.
Ketik Hasil Matematik, kemudian pilih salah satu daripada yang berikut:
Jika anda mahu masalah diselesaikan secara automatik: Pilih Masukkan Hasil. (Jawapan kelihatan dalam tulisan yang sepadan dengan tulisan anda.)
Jika anda mahu cadangan untuk kelihatan: Pilih Cadangkan Hasil. (Butang Selesaikan kelihatan, yang apabila diketik akan menambah jawapan dalam tulisan yang sepadan dengan tulisan anda.)
Jika anda tidak mahu melihat hasil matematik: Pilih Tak Aktif.
Anda juga boleh mengakses seting in apabila anda bekerja di papan. Ketik , kemudian ketik Hasil Matematik.
Urus seting perkongsian
Anda boleh menukar akses dan keizinan untuk individu atau untuk semua orang selepas anda mula berkongsi papan.
Pergi ke app Freeform
pada iPhone anda.
Buka papan yang seting perkongsiannya anda mahu tukar.
Ketik
.
Senarai peserta kelihatan, menunjukkan orang yang mengusahakan papan.
Ketik Urus Papan Dikongsi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Kunci papan untuk pengeditan: Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian “Lihat sahaja”.
Nota: Jika anda tidak mahu peserta dapat menjemput orang lain, pilih “Hanya orang dijemput” dan “Hanya anda boleh menambah orang”.
Beri akses mengedit: Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian ketik “Boleh mengubah suai”.
Tukar akses dan keizinan secara individu: Ketik nama peserta, kemudian laraskan seting mereka.
Jemput orang lain dengan pautan: Ketik Pilihan Perkongsian, ketik “Sesiapa dengan pautan”, ketik
, kemudian ketik Salin Pautan.
Nota: Sesiapa boleh menyalin pautan untuk dihantar kepada orang lain, tetapi jika anda memilih “Hanya orang dijemput”, maka hanya orang yang dijemput untuk membuka papan boleh menggunakan pautan. Jika anda tidak mahu peserta dapat menjemput orang lain, pilih “Hanya orang dijemput” dan “Hanya anda boleh menambah orang”.
Petua: Anda juga boleh mengurus sebarang papan yang anda telah kongsikan sebelum ini semasa melayari Semua Papan. Sentuh dan tahan imej kecil atau nama papan, kemudian ketik Urus Papan Dikongsi.
Simpan papan Freeform anda dalam iCloud
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud.
Ketik Lihat Semua, kemudian aktifkan Freeform.
Untuk menyandarkan tanpa menggunakan iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Perihal sandaran disulitkan pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Isih papan anda
Pergi ke app Freeform
pada iPhone anda.
Ketik
, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat lebih banyak papan serentak (dengan imej lebih kecil). Ketik Senarai.
Senaraikan papan mengikut abjad (berbanding mengikut yang terbaru dikemas kini): Ketik Isih ikut Nama:
Kategorikan papan mengikut kali terakhir ia dibuka: Apabila melihat Semua Papan, ketik Isih ikut Tarikh, kemudian ketik Gunakan Kumpulan.
Kategorikan papan mengikut pemilik papan: Apabila melihat papan Dikongsi, ketik Gunakan Kumpulan.