Buang kenalan duplikasi pada iPhone
Apabila anda mempunyai kenalan daripada berbilang sumber, anda mungkin mendapat berbilang entri untuk orang yang sama. Dalam app Kenalan, pautkan kad kenalan untuk orang yang sama dalam akaun berlainan supaya mereka kelihatan hanya sekali dalam senarai Semua Kenalan anda. Kad kenalan dipautkan dipaparkan sebagai satu kenalan disatukan.
Selesaikan kenalan duplikasi
Jika anda mempunyai lebih daripada satu kad kenalan dengan nama pertama dan akhir yang sama, anda boleh menggabungkan kenalan yang diduplikasikan.
Pergi ke app Kenalan
pada iPhone anda.
Di bawah Kad Saya, ketik Lihat Duplikasi.
Ketik kenalan individu untuk menyemak dan menggabungkan kenalan, atau ketik Gabungkan Semua untuk menggabungkan semua kenalan duplikasi.
Pautkan kenalan secara manual
Jika dua entri untuk orang yang sama tidak dipautkan secara automatik, anda boleh menyatukannya secara manual.
Pergi ke app Kenalan
pada iPhone anda.
Ketik satu daripada kenalan, ketik Edit, kemudian ketik Pautkan Kenalan.
Pilih entri kenalan lain untuk dipautkan, kemudian ketik Pautkan.
Apabila anda memautkan kenalan dengan nama pertama atau akhir yang berbeza, nama pada kad individu tidak akan berubah, tetapi hanya satu nama akan kelihatan pada kad bersepadu. Untuk memilih nama yang kelihatan pada kad bersepadu, ketik salah satu kad yang dipautkan, ketik nama kenalan pada kad itu, kemudian ketik Gunakan Nama Ini Untuk Kad Bersepadu.
Nota: Apabila anda memautkan kenalan, kenalan itu tidak digabungkan. Jika anda menukar atau menambah maklumat dalam kenalan bersepadu, perubahan disalin ke setiap akaun sumber di mana maklumat tersebut sudah wujud.