Sembunyikan kenalan duplikasi pada iPhone
Dalam app Kenalan , pautkan kad kenalan untuk orang yang sama dalam akaun berlainan supaya mereka muncul hanya sekali dalam senarai Semua Kenalan anda. Apabila anda mempunyai kenalan daripada berbilang sumber, anda mungkin mempunyai berbilang entri untuk orang yang sama dalam Kenalan. Untuk mengelakkan kenalan lewah daripada muncul dalam senarai Semua Kenalan anda, kenalan daripada sumber berlainan dengan nama yang sama dipautkan dan dipaparkan sebagai kenalan disatukan tunggal. Apabila anda melihat kenalan disatukan, tajuk Info Disatukan muncul.
Pautkan kenalan
Jika dua entri untuk orang yang sama tidak dipautkan secara automatik, anda boleh menyatukannya secara manual.
Ketik satu daripada kenalan, ketik Edit, kemudian ketik Pautkan Kenalan.
Pilih entri kenalan lain untuk dipautkan, kemudian ketik Pautkan.
Apabila anda memautkan kenalan dengan nama pertama atau akhir yang berbeza, nama pada kad individu tidak akan berubah, tetapi hanya satu nama akan muncul pada kad bersepadu. Untuk memilih nama yang muncul pada kad bersepadu, ketik salah satu kad yang dipautkan, ketik nama kenalan pada kad itu, kemudian ketik Gunakan Nama Ini Untuk Kad Bersepadu.
Nota: Apabila anda memautkan kenalan, kenalan itu tidak digabungkan. Jika anda menukar atau menambah maklumat dalam kenalan bersepadu, perubahan disalin ke setiap akaun sumber di mana maklumat tersebut sudah wujud.