Gunakan pintasan kebolehcapaian pada iPhone
Selepas anda menyediakan ciri kebolehcapaian, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkannya dengan cepat menggunakan sebarang kaedah di bawah.
Minta Siri untuk mengaktifkan ciri kebolehcapaian
Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan VoiceOver.” Ketahui cara meminta Siri.
Klik butang sisi tiga kali
Pada iPhone X dan lebih baru, anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan mengklik butang sisi tiga kali.
Sediakan Pintasan Kebolehcapaian: Pergi ke Seting
> Umum > Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian, kemudian pilih ciri yang paling kerap anda gunakan.
Perlahankan kelajuan dwiklik atau klik tiga kali untuk butang sisi: Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Butang Sisi.
Gunakan Pintasan Kebolehcapaian: Klik tiga kali butang sisi.
Klik tiga kali butang Utama
Pada model dengan butang Utama, anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan mengklik butang Utama tiga kali.
Sediakan Pintasan Kebolehcapaian: Pergi ke Seting
> Umum > Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian, kemudian pilih ciri yang paling kerap anda gunakan.
Perlahankan kelajuan dwiklik atau klik tiga kali untuk butang Utama: Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Butang Utama.
Gunakan Pintasan Kebolehcapaian: Klik butang Utama tiga kali.
Gunakan Pusat Kawalan
Anda juga boleh menambah ciri kebolehcapaian ke Pusat Kawalan dan kemudian mengaktifkannya daripada sana.
Pergi ke Seting
> Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan, kemudian ketik
bersebelahan ciri kebolehcapaian yang paling kerap anda gunakan.
Untuk mengaktifkan ciri kebolehcapaian daripada Pusat Kawalan, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik ciri kebolehcapaian.