Ambil foto dengan kamera pada iPhone
Ketahui cara untuk mengambil foto yang cantik dengan Kamera pada iPhone anda. Pilih daripada mod kamera seperti Pano, Petak, and Potret (pada model disokong), dan gunakan ciri seperti penapis, Live Photos dan Jujukan.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Kamera.” Ketahui cara meminta Siri.
![Kamera dalam mod Foto, dengan mod lain di bahagian kiri dan kanan di bawah pemapar. Butang untuk Denyar, Live Photo, Pemasa dan Penapis muncul di bahagian atas skrin. Imej kecil di bahagian kiri bawah memberikan akses untuk ke foto dan video yang sedia ada. Butang Pengatup berada di bahagian tengah bawah dan butang Tukar Kamera di bahagian kanan bawah.](https://help.apple.com/assets/5C913108094622D50F674514/5C91310A094622D50F67451E/ms_MY/16d172376979d2b50f6c7ddf3dde6c0e.png)
Ambil foto
Ketik
pada skrin Utama atau leret ke kiri daripada skrin Kunci untuk membuka Kamera.
Untuk menyediakan syot anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan denyar: Ketik
, kemudian pilih Auto, Aktif, atau Tak Aktif.
Zum masuk atau keluar: Cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.
Pilih mod foto: Leret skrin ke kiri atau kanan untuk memilih mod seperti Foto, Petak, atau Pano.
Ambil selfie: Ketik
untuk bertukar antara kamera menghadap depan dan belakang.
Gunakan pemasa: Stabilkan iPhone anda dan bingkaikan syot anda. Ketik
, kemudian pilih 3s atau 10s.
Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil syot.
Jika anda bermula daripada skrin Kunci, kembali dengan meleret ke atas (iPhone X dan lebih baru) atau tekan butang Utama (model lain).
Ambil foto panorama
Pilih mod Pano.
Ketik butang Pengatup.
Sorot perlahan-lahan mengikut arah anak panah, pastikannya kekal di garis tengah.
Untuk selesai, ketik butang Pengatup lagi.
Ketik anak panah untuk menyorot dalam arah berlawanan. Untuk menyorot secara menegak, pusing dahulu iPhone kepada orientasi landskap. Anda juga boleh menterbalikkan arah sorotan menegak.
Pada model dengan sudut dwi lebar dan kamera telefoto, togol antara dan
untuk mengambil panorama pada 1x dan 2x zum pada resolusi penuh.
Ambil foto dengan penapis
Pilih mod Foto, Petak, atau Potret, kemudian ketik
.
Di bawah pemapar, leret penapis ke kiri atau kanan untuk mempratonton ia; ketik satu untuk memilihnya.
Anda boleh mengeluarkan atau menukar penapis foto dalam Foto.
Ambil foto dalam mod Potret
Pada model yang menyokong mod Potret, anda boleh menggunakan kesan kedalaman medan yang memastikan subjek anda tajam semasa mencipta latar belakang yang dikaburkan dengan cantik. Serta pada model dengan kamera TrueDepth, anda boleh mengambil selfie dalam mod Potret.
Pilih mod Potret.
Untuk mengambil selfie, ketik
.
Bingkaikan subjek anda dalam kotak potret kuning.
Ketik butang Pengatup.
Nota: Apabila anda menggunakan kamera belakang pada iPhone XR, wajah orang mesti dikesan dalam pemidang tilik untuk mengambil foto mod Potret.
Selepas anda mengambil foto dalam mod Potret, anda boleh mengeluarkan kesan mod Potret dalam app Foto. Buka foto, ketik Edit, kemudian ketik Potret untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kesan.
Laraskan Pencahayaan Potret dalam mod Potret
Pada model yang menyokong Pencahayaan Potret, anda boleh menggunakan kesan pencahayaan berkualiti studio pada foto mod Potret anda.
![Skrin Kamera dengan mod Potret dipilih. Dalam pemapar, kotak yang menunjukkan pilihan Pencahayaan Potret disetkan ke Cahaya Studio dan terdapat gelangsar untuk menukar pilihan pencahayaan.](https://help.apple.com/assets/5C913108094622D50F674514/5C91310A094622D50F67451E/ms_MY/b00cee40907b1a68d2d17b74131ee671.png)
Pilih mod Potret, kemudian bingkaikan subjek anda.
Seret
untuk memilih kesan pencahayaan:
Cahaya Semula Jadi: Muka dalam fokus tajam dengan latar belakang dikaburkan.
Cahaya Studio: Wajah diterangi dengan cerah dan foto mempunyai rupa yang bersih.
Cahaya Kontur: Muka mempunyai bayang dramatik dengan serlahan dan lampu rendah.
Cahaya Pentas: Muka disuluh dengan latar belakang gelap.
Cahaya Pentas Mono: Kesan serupa dengan Cahaya Pentas, tetapi foto dalam hitam putih klasik.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Nota: Pada iPhone XR, Cahaya Pentas dan Cahaya Pentas Mono hanya tersedia apabila anda menggunakan kamera TrueDepth menghadap depan.
Laraskan Kawalan Kedalaman dalam mod Potret
Pada model yang menyokong Kawalan Kedalaman, gunakan gelangsar Kawalan Kedalaman untuk melaraskan aras kabur latar belakang dalam foto mod Potret anda (iOS 12.1 atau lebih baru).
![Skrin Kamera dalam mod Potret. Butang Pelarasan Kedalaman di penjuru kanan atas skrin dipilih. Dalam pemapar kamera, kotak yang menunjukkan pilihan Pencahayaan Potret disetkan ke Cahaya Semula Jadi dan terdapat gelangsar untuk menukar pilihan pencahayaan. Di bawah pemapar kamera, terdapat gelangsar untuk melaraskan Kawalan Kedalaman.](https://help.apple.com/assets/5C913108094622D50F674514/5C91310A094622D50F67451E/ms_MY/73dde30434944c51e3df1a36dd8c0faa.png)
Pilih mod Potret, kemudian bingkaikan subjek anda.
Ketik
di penjuru kanan atas skrin.
Gelangsar Kawalan Kedalaman muncul di bawah bingkai.
Seret gelangsar ke kanan untuk meningkatkan kesan kabur latar belakang. Seret gelangsar ke kiri untuk mengurangkan kesan.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Selepas anda mengambil foto dalam mod Potret, anda boleh menggunakan gelangsar Kawalan Kedalaman dalam app Foto untuk melaraskan kesan kabur latar belakang dengan lebih lanjut. Buka foto mod Potret, kemudian ketik Edit.
Ambil syot Jujukan
Jujukan mengambil berbilang foto berkelajuan tinggi supaya anda boleh mempunyai sebilangan foto untuk dipilih. Anda boleh mengambil foto Jujukan dengan kamera belakang atau menghadap depan.
Pilih mod Foto atau Petak.
Sentuh dan tahan butang Pengatup untuk mengambil foto berterusan. Angkat jari anda untuk berhenti.
Pembilang menunjukkan bilangan syot telah diambil.
Untuk memilih foto yang anda mahu simpan, ketik imej kecil Jujukan, kemudian ketik Pilih.
Titik kelabu di bawah imej kecil menandakan foto yang disyorkan untuk disimpan.
Ketik bulatan di penjuru kanan bawah setiap foto yang anda mahu simpan sebagai foto individu, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan keseluruhan Jujukan, ketik imej kecil, kemudian ketik .
Ambil Live Photo
Live Photo menangkap apa yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto anda, termasuk audio.
Pada model yang menyokong Live Photos, pilih mod Foto.
Ketik
untuk mengaktifkan (kuning ialah aktif) atau menyahaktifkan Live Photos.
Ketik butang pengatup untuk mengambil gambar.
Anda boleh edit Live Photo dalam app Foto. Dalam album anda, Live Photo ditandakan dengan “Live” di bahagian penjuru.