Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
Gunakan Instant Hotspot
Anda boleh menggunakan Instant Hotspot untuk menyediakan akses Internet ke peranti iOS anda (iOS 8 atau lebih baru) dan komputer Mac (OS X 10.10 atau lebih baru) yang anda daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama. Instant Hotspot menggunakan Hotspot Peribadi iPhone, tanpa anda perlu memasukkan kata laluan atau mengaktifkan Hotspot Peribadi.
Pergi ke Seting
, kemudian ketik Wi-Fi pada peranti iOS lain anda.
Di bawah Hotspot Peribadi, pilih rangkaian iPhone anda.
Pada Mac anda, pergi ke Keutamaan Sistem > Rangkaian, kemudian pilih rangkaian iPhone anda daripada seting Wi-Fi anda.
Apabila anda tidak menggunakan hotspot, peranti anda memutuskan sambungan untuk menjimatkan hayat bateri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi sambungan Internet iPhone anda.
Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia dengan semua pembawa. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pada model dengan Dwi SIM, Instant Hotspot menggunakan talian yang dipilih untuk data selular.