Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Gunakan penyesuaian sentuhan pada iPhone
Jika anda mengalami masalah menggunakan skrin sentuh atau butang, anda boleh menukar cara iPhone bertindak balas terhadap sentuhan anda.
Gunakan penyesuaian sentuhan
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Penyesuaian Sentuhan.
Anda boleh mengkonfigurasikan iPhone untuk melakukan mana-mana daripada berikut:
Balas kepada sentuhan untuk tempoh masa tertentu: Aktifkan Tempoh Tahan, kemudian ketik atau untuk melaraskan tempoh (lalai ialah 0.10 saat).
Untuk melaksanakan gerak isyarat leret tanpa menunggu tempoh tahan yang ditentukan, ketik Gerak Isyarat Leret, kemudian aktifkan Gerak Isyarat Leret. Anda boleh memilih jumlah pergerakan yang diperlukan sebelum gerak isyarat leret bermula.
Abaikan berbilang sentuhan: Aktifkan Abaikan Ulangan, kemudian ketik atau untuk melaraskan jumlah masa yang dibenarkan antara berbilang sentuhan. Jadi, jika anda menyentuh skrin beberapa kali dengan cepat, iPhone menganggapnya sebagai satu sentuhan.
Balas pada tempat pertama atau terakhir yang anda sentuh: Pilih Gunakan Lokasi Sentuhan Awal atau Gunakan Lokasi Sentuhan Terakhir.
Jika anda memilih Gunakan Lokasi Sentuh Awal, iPhone menggunakan lokasi ketikan pertama anda—contohnya, apabila anda ketik app pada skrin Utama. Jika anda memilih Gunakan Lokasi Sentuh Akhir, iPhone menggunakan ketikan sebelum anda mengangkat jari anda. iPhone bertindak balas terhadap ketikan selepas anda mengangkat jari anda dalam tempoh tertentu. Ketik atau untuk melaraskan pemasaan. Peranti anda boleh bertindak balas terhadap gerak isyarat lain, seperti seret, jika anda menunggu lebih lama daripada tundaan gerak isyarat.
Pilih cara iPhone bertindak balas apabila anda menekan dan menahan butang sisi atau Utama
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Butang Sisi (iPhone X dan lebih baru) atau Butang Utama (model lain).
Pilih Siri, Kawalan Suara, atau Tidak Aktif
Laraskan seting 3D Touch
Pada model yang menyokong 3D Touch, anda boleh mengawal kesensitifan 3D Touch atau menyahaktifkannya.
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > 3D Touch.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih kesensitifan Lembut, Sederhana, atau Kuat untuk melaraskan jumlah tekanan yang diperlukan untuk mengaktifkan 3D Touch. Kesensitifan lembut mengurangkan jumlah tekanan yang diperlukan; kesensitifan kuat meningkatkannya.
Nyahaktifkan 3D Touch
Laraskan seting Sentuhan Haptik
Pada iPhone XR, anda boleh melaraskan jumlah masa yang diperlukan untuk mengaktifkan Sentuhan Haptik apabila anda menggunakan gerak isyarat sentuh dan tahan.
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sentuhan Haptik.
Pilih Laju atau Perlahan.
Untuk menguji seting, sentuh dan tahan dalam bahagian ujian pemasaan.