Bangunkan dan buka kunci iPhone
iPhone mematikan paparan untuk menjimatkan kuasa, mengunci untuk keselamatan, dan tidur apabila anda tidak menggunakannya. Anda boleh bangunkan dan buka kunci iPhone apabila anda mahu menggunakannya lagi.
Bangunkan iPhone
Untuk membangunkan iPhone, lakukan satu daripada yang berikut:
Tekan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda).
Angkat iPhone (model disokong). Anda boleh menyahaktifkan Angkat untuk Bangun dalam Seting
> Paparan & Kecerahan.
Ketik skrin (model disokong).
Buka kunci iPhone dengan Face ID (iPhone X dan lebih baru)
Ketik skrin atau angkat iPhone untuk membangunkannya, kemudian pandang pada iPhone anda.
Ikon kunci beranimasi daripada tutup ke buka untuk menandakan iPhone dibuka kunci.
Leret ke atas dari bahagian bawah skrin.
Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi. iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin selama lebih kurang seminit.
Buka kunci iPhone dengan Touch ID (model dengan butang Utama)
Tekan butang Utama menggunakan jari yang anda daftarkan dengan Touch ID.

Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda). iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin selama lebih kurang seminit.
Buka kunci iPhone dengan kod laluan
Leret ke atas dari bahagian bawah skrin Kunci (iPhone X dan lebih baru) atau tekan butang Utama (model lain).
Masukkan kod laluan.
Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda). iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin selama lebih kurang seminit.