Padam semua kandungan dan seting daripada iPhone
Apabila anda memadamkan data, ia tidak lagi boleh diakses menerusi antara muka iPhone, tetapi tidak dipadamkan daripada storan iPhone. Untuk mengeluarkan semua kandungan dan seting anda daripada storan, padamkan iPhone. Contohnya, padam iPhone sebelum anda menjualnya atau memberikannya kepada orang lain. Jika anda mahu menyimpan kandungan dan seting anda, sandarkan menggunakan iCloud atau iTunes sebelum memadamkan iPhone.
Pergi ke Seting
> Umum > Reset.
Jika anda diminta untuk memasukkan kod laluan anda dan anda terlupanya, lihat Reset kod laluan. Jika anda diminta untuk memasukkan kata laluan Apple ID anda dan anda terlupanya, lihat Tapak web pulihkan Apple ID anda.
Ketik Padam Semua Kandungan dan Seting.
Apabila iPhone bermula semula dengan semua kandungan dan seting dipadamkan, pembantu persediaan memberi anda pilihan untuk menyediakan iPhone sebagai baru atau memulihkannya daripada sandaran iCloud atau iTunes. (Lihat Hidupkan dan sediakan iPhone.)