Cas dan pantau bateri iPhone
iPhone mempunyai bateri dalaman, litihum-ion boleh dicas semula, yang memberikan prestasi terbaik untuk peranti anda buat masa ini. Berbanding teknologi bateri tradisional, bateri lithium-ion lebih ringan, cas dengan lebih cepat, tahan lebih lama dan mempunyai ketumpatan kuasa yang lebih tinggi untuk hayat bateri yang lebih. Untuk memahami cara bateri anda berfungsi supaya anda boleh memanfaatkan ia sepenuhnya, lihat tapak web Bateri Lithium-ion Apple.
Cas bateri
Untuk mengecas bateri iPhone anda, lakukan satu daripada berikut:
Sambungkan iPhone ke soket kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa USB yang disertakan.
Sambungkan iPhone ke port USB pada komputer anda, yang juga membenarkan anda menyelaraskan iPhone dengan iTunes. (Lihat Sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan USB.) Pastikan komputer anda dihidupkan—jika iPhone disambungkan ke komputer yang dimatikan, bateri mungkin berkurang berbanding dicas. Cari bersebelahan ikon bateri untuk memastikan iPhone anda mengecas.
(Pada model yang disokong) Letakkan iPhone menghadap atas pada pengecas disahkan Qi. Lihat artikel Sokongan Apple Cara mengecas iPhone 8 atau lebih baru anda secara wayarles.
Menyambung iPhone ke soket kuasa atau meletakkannya pada pengecas disijilkan Qi (pada model disokong) boleh memulakan sandaran iCloud atau penyelarasan iTunes wayarles. Lihat Sandarkan iPhone menggunakan iCloud atau iTunes.
Nota: Jangan cuba mengecas iPhone anda dengan menyambungkannya ke papan kekunci anda, melainkan papan kekunci anda mempunyai port USB berkuasa tinggi.
Ikon bateri di penjuru kanan atas menunjukkan paras bateri atau status pengecasan. Apabila anda menyelaras atau menggunakan iPhone, masa yang lebih lama diperlukan untuk mengecas bateri.
Jika iPhone mempunyai kuasa yang sangat rendah, ia mungkin memaparkan imej bateri yang hampir kosong yang menandakan bahawa ia perlu dicas sehingga 10 minit sebelum anda boleh menggunakannya. Jika iPhone amat rendah kuasanya, paparan mungkin menjadi kosong sehingga selama 2 minit sebelum imej bateri rendah muncul.
AMARAN: Jika anda mengesyaki mungkin terdapat cecair dalam penyambung Lightning iPhone, jangan gunakan penyambung Lightning untuk mengecas iPhone. Untuk mendapatkan maklumat tentang pendedahan kepada cecair dan maklumat keselamatan penting yang lain tentang bateri dan mengecas iPhone, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.
Tunjukkan peratusan baki bateri dalam bar status
iPhone X dan lebih baru: Leret ke bawah daripada penjuru kanan atas.
Model lain: Pergi ke Seting > Bateri, kemudian aktifkan Peratusan Bateri.
Aktifkan Mod Kuasa Rendah
Menggunakan Mod Kuasa Rendah dapat dengan nyata meningkatnya hayat cas bateri. Tukar ke Mod Kuasa Rendah apabila bateri iPhone anda rendah, atau apabila anda tidak mendapat akses kuasa elektrik.
Pergi ke Seting > Bateri.
Aktifkan Mod Kuasa Rendah.
Mod Kuasa Rendah mengehadkan aktiviti latar belakang dan menala prestasi untuk tugas penting seperti membuat dan menerima panggilan, e-mel dan mesej, mengakses Internet dan banyak lagi.
Nota: Jika iPhone anda bertukar ke Mod Kuasa Rendah secara automatik, ia akan bertukar ke mod kuasa normal selepas dicas sehingga 80%. iPhone anda mungkin melakukan sesetengah tugas dengan perlahan apabila berada dalam Mod Kuasa Rendah.
Lihat maklumat penggunaan bateri anda
Pergi ke Seting > Bateri.
Maklumat tentang penggunaan bateri dan aktiviti anda muncul untuk 24 jam terakhir dan sehingga 10 hari terakhir.
Pandangan dan cadangan: Anda mungkin melihat pendapat tentang syarat atau corak penggunaan yang menyebabkan iPhone menggunakan tenaga. Anda juga mungkin melihat cadangan untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Jika cadangan muncul, anda boleh mengetiknya untuk pergi ke seting berkaitan.
Paras Cas Terakhir: Menunjukkan sepenuh mana bateri terakhir dicaskan dan masa ia diputuskan sambungan.
Graf Paras Bateri (dalam 24 Jam Terakhir): Menunjukkan paras bateri, selang pengecasan dan tempoh apabila iPhone berada dalam Mod Kuasa Rendah atau bateri sangat rendah.
Graf Penggunaan Bateri (dalam 10 Hari Terakhir): Menunjukkan peratusan bateri digunakan setiap hari.
Graf aktiviti: Menunjukkan aktiviti sepanjang masa, dipisahkan oleh sama ada skrin aktif atau tidak aktif.
Skrin Aktif dan Skrin Tidak Aktif: Menunjukkan jumlah aktiviti untuk selang masa yang dipilih, apabila skrin aktif dan apabila ia tidak aktif. Paparan 10 Hari Terakhir menunjukkan purata per hari.
Penggunaan Bateri mengikut App: Menunjukkan perkadaran bateri digunakan oleh setiap app dalam selang masa yang dipilih.
Aktiviti mengikut App: Menunjukkan jumlah masa setiap app digunakan dalam selang masa yang dipilih.
Nota: Untuk melihat maklumat bateri untuk jam atau hari tertentu, ketik selang masa itu dalam graf. Untuk menyahpilihnya, ketik di luar graf.
Semak kesihatan bateri anda
Pada iPhone 6 atau lebih baru, pergi ke Seting > Bateri.
Ketik Kesihatan Bateri.
iPhone memaparkan maklumat tentang kapasiti bateri anda, prestasi puncak dan sama ada bateri anda perlu diservis.
Lama-kelamaan, kapasiti dan prestasi semua bateri yang boleh dicas semula, seperti di dalam iPhone, akan menurun. Jika kesihatan bateri anda diturun taraf secara signifikan, Penyedia Khidmat Sah Apple boleh menggantikan bateri untuk memulihkan prestasi dan kapasiti. Lihat Tapak web servis dan kitar semula bateri.
Untuk mengetahui cara memaksimumkan prestasi dan jangka hayat bateri anda, lihat artikel Sokongan Apple Bateri iPhone dan Prestasi.
Untuk memahami cara bateri anda berfungsi supaya anda boleh memanfaatkan ia sepenuhnya, lihat tapak web Bateri Lithium-ion Apple.