Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Baca buku dalam app Buku pada iPhone
Dalam app Buku , ketik Sedang Dibaca untuk melihat buku yang anda sedang baca, terbaru dibeli oleh anda dan cadangan diperibadikan. Ketik Pustaka untuk melihat semua tajuk anda.
Anda boleh menyelaraskan koleksi Sedang Dibaca anda merentas peranti iOS anda yang disediakan dengan Apple ID yang sama. Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud dan aktifkan pada iCloud Drive dan Buku. Kemudian pergi ke Seting > Buku dan aktifkan Sedang Dibaca.
Baca buku
Ketik tab Sedang Dibaca atau Pustaka, kemudian ketik kulit untuk membuka buku. Gunakan gerak isyarat dan kawalan untuk menavigasi seperti berikut:
Menyelak halaman: Ketik sebelah kanan halaman atau leret dari kanan ke kiri.
Pergi semula ke halaman sebelumnya: Ketik sebelah kiri halaman atau leret dari kiri ke kanan.
Pergi ke halaman khusus: Ketik halaman dan gerakkan gelangsar di bahagian bawah skrin ke kiri atau ke kanan. Atau, ketik dan masukkan nombor halaman, kemudian ketik nombor halaman dalam hasil carian.
Tutup buku: Ketik halaman untuk menunjukkan kawalan, kemudian ketik .
Tukar penampilan teks dan paparan
Ketik halaman, ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan kecerahan skrin: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.
Tukar saiz fon: Ketik A besar untuk meningkatkan saiz fon atau ketik A kecil untuk mengurangkannya.
Tukar fon: Ketik Fon untuk memilih fon berlainan.
Tukar warna latar belakang halaman: Ketik bulatan berwarna.
Malapkan skrin apabila persekitaran gelap: Aktifkan Tema Malam Auto untuk menukar warna halaman dan kecerahan secara automatik apabila menggunakan Buku dalam keadaan cahaya malap. (Bukan semua buku menyokong Tema Malam Auto.)
Nyahaktifkan penomboran halaman: Aktifkan Paparan Penskrolan untuk menskrol terus-menerus menerusi buku.
Tandakan halaman
Apabila anda menutup buku, tempat anda disimpan secara automatik—anda tidak perlu menambah penanda buku. Tandakan halaman yang anda mahu kembali lagi.
Ketik untuk menambah penanda buku; ketik lagi untuk mengeluarkan penanda buku.
Untuk melihat semua penanda buku anda, ketik , kemudian ketik Penanda Buku.
Serlahkan atau garis bawah teks
Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.
Ketik Serlahan, kemudian ketik untuk memilih warna serlahan atau untuk garis bawah.
Untuk mengeluarkan serlahan atau garis bawah, ketik teks, kemudian ketik .
Untuk melihat semua serlahan anda, ketik , kemudian ketik Nota.
Tambah nota
Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.
Ketik Nota, gunakan papan kekunci untuk memasukkan teks, kemudian ketik Selesai.
Untuk melihat semua nota anda, ketik , kemudian ketik Nota. Leret ke kiri pada nota untuk memadamnya.
Kongsi pilihan
Anda boleh berkongsi pilihan teks menggunakan Mail atau Mesej, atau anda boleh menambah pilihan ke Nota. Jika buku daripada Kedai Buku, pautan kepada buku disertakan secara automatik. (Perkongsian mungkin tidak tersedia dalam semua rantau.)
Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.
Ketik Kongsi, kemudian pilih cara.
Untuk berkongsi pautan ke Kedai Buku sahaja, ketik halaman, ketik , kemudian ketik .
Selaraskan nota dan serlahan merentas peranti
Anda boleh menyelaraskan kedudukan membaca, koleksi, nota dan serlahan anda merentasi semua peranti iOS dan Mac anda apabila anda mendaftar masuk ke iCloud dengan akaun yang sama.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, aktifkan iCloud Drive, kemudian aktifkan Buku.