Baca buku dalam app Buku pada iPhone
Dalam app Buku , anda boleh melihat buku yang anda sedang baca, mahu baca, koleksi buku dan banyak lagi.
Laman Utama: Ketik untuk mengakses buku, buku audio dan PDF yang anda sedang baca, mendapatkan cadangan diperibadikan untuk bacaan seterusnya, mencari buku yang anda tandakan sebagai ingin baca dan banyak lagi. Anda juga boleh mengesetkan matlamat bacaan harian dan menjejak buku yang anda selesai baca sepanjang tahun.
Pustaka: Ketik untuk melihat semua buku, buku audio, siri, sampel dan PDF yang anda dapat daripada Kedai Buku atau ditambah ke Buku secara manual. Ketik Koleksi untuk melihat pustaka anda yang diisih ke dalam koleksi, seperti Ingin Dibaca, Sampel Saya, Buku Audio, Selesai atau koleksi tersuai yang anda cipta (lihat Cipta koleksi).

Baca buku
Di bahagian bawah skrin, ketik Laman Utama, Pustaka, atau Cari. Navigasi ke buku, ketik kulit buku untuk membukanya, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Menyelak halaman: Ketik margin kanan atau leret dari kanan ke kiri.
Untuk membenarkan margin kiri atau kanan untuk menyelak halaman, pergi ke Seting
> Buku, kemudian aktifkan Maju Kedua-dua Margin.
Pergi semula ke halaman sebelumnya: Ketik margin kiri atau leret dari kiri ke kanan.
Kembali ke lokasi bacaan sebelumnya: Ketik halaman, kemudian ketik anak panah bulat di penjuru kiri atas halaman. Ketik anak panah bulat lagi, tetapi di penjuru kanan atas, untuk kembali ke lokasi semasa anda.
Pergi ke halaman atau lokasi khusus: Ketik halaman, ketik
, ketik Cari Buku, masukkan perkataan, frasa atau nombor halaman, kemudian ketik hasil.
Gunakan senarai kandungan: Ketik halaman, ketik
, kemudian ketik Kandungan.
Petua: Untuk bergerak menerusi buku dengan cepat, sentuh dan tahan Kandungan, kemudian seret jari anda ke kiri atau kanan; lepaskan jari anda untuk pergi terus ke lokasi tersebut dalam buku.
Kunci orientasi skrin: Ketik halaman, ketik
, kemudian ketik
untuk mengunci skrin orientasi mendatar atau menegak.
Tutup buku: Ketik halaman, kemudian ketik
di penjuru kanan atas. Atau leret ke bawah daripada bahagian atas halaman (tidak tersedia jika penskrolan menegak diaktifkan).

Tukar penampilan teks dan halaman
Ketik halaman, ketik
di bahagian bawah halaman, ketik Tema & Seting, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar saiz fon: Ketik A besar untuk meningkatkan saiz fon atau ketik A kecil untuk mengurangkannya.
Aktifkan penskrolan menegak: Ketik
, kemudian ketik Skrol
.
Untuk PDF, ketik
di bahagian atas skrin, kemudian aktifkan Penskrolan Menegak.
Tukar gaya selak halaman: Ketik
, kemudian pilih pilihan.
Laraskan warna latar belakang: Ketik
, kemudian ketik pilihan.
Laraskan kecerahan paparan: Sentuh bar kecerahan, kemudian seret jari anda ke salah satu arah.
Tukar tema halaman: Ketik tema halaman seperti Kosong atau Tebal.
Tukar fon: Ketik Sesuaikan, kemudian ketik Fon. Leret ke atas untuk melihat pilihan fon. Ketik nama fon, seperti Original atau Palatino, untuk melihat pratonton di bahagian atas skrin. Ketik Selesai untuk menggunakan fon.
Jadikan fon tebal: Ketik Sesuaikan, ketik butang bersebelahan Teks Tebal (hijau adalah aktif), kemudian ketik Selesai.
Sesuaikan jarak dan penjajaran: Ketik Sesuaikan, ketik di bawah Pilihan Kebolehcapaian & Tataletak, aktifkan Sesuaikan (hijau adalah aktif). Seret gelangsar ke kiri atau kanan untuk melaraskan jarak baris, jarak aksara dan jarak perkataan. Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Jajarkan Teks (hijau adalah aktif). Ketik Selesai untuk menggunakan perubahan anda.
Ketik
atau leret ke bawah untuk menutup menu.
Nota: Anda boleh memilih sisi skrin untuk butang Menu
kelihatan. Pergi ke Seting
> Buku, kemudian pilih Kiri atau Kanan di bawah Kedudukan Menu Membaca.
Untuk membuat asal penyesuaian teks dan tataletak, ketik , ketik Sesuaikan, kemudian ketik Reset Tema.
Tandakan halaman
Apabila anda menutup buku, tempat anda disimpan secara automatik—anda tidak perlu menambah penanda buku. Tandakan halaman yang anda mahu kembali lagi.
Ketik halaman, ketik , kemudian ketik
; ketiknya lagi untuk mengeluarkan penanda buku.
Untuk mengakses semua penanda buku anda, ketik halaman, ketik , ketik Penanda Buku & Serlahan, kemudian ketik Penanda Buku.
Kongsi pilihan teks atau pautan buku
Anda boleh menghantar pilihan teks menggunakan AirDrop, Mail, atau Mesej, atau anda boleh menambah pilihan ke Nota. Jika buku daripada Kedai Buku, pautan kepada buku disertakan dengan pilihan. (Perkongsian mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.
Leret ke kanan pada item menu, kemudian ketik Kongsi.
Ketik Mail, Mesej atau app atau perkhidmatan lain untuk berkongsi pilihan.
Anda juga boleh berkongsi pautan untuk melihat buku dalam Kedai Buku. Ketik mana-mana halaman, ketik , ketik
, kemudian ketik cara anda mahu berkongsi pautan.