Lihat album, senarai main dan banyak lagi dalam Muzik pada iPhone
Dalam app Muzik , pustaka menyertakan muzik yang anda tambahkan atau muat turun daripada Apple Music, muzik dan video yang anda selaraskan ke iPhone, rancangan TV dan filem yang anda tambahkan daripada Apple Music dan pembelian iTunes Store anda.

Layari dan mainkan muzik anda
Dalam app Muzik, ketik Pustaka, kemudian ketik kategori, seperti Album atau Lagu; ketik Dimuat Turun untuk melihat hanya muzik yang disimpan pada iPhone.
Skrol untuk melayari atau leret ke bawah halaman dan taip dalam medan carian untuk menapis hasil anda dan mencari perkara yang anda mahu.
Ketik item, kemudian ketik Main, atau ketik Rombak untuk merombak album atau senarai main.
Anda juga boleh sentuh dan tahan karya seni album, kemudian ketik Main.
Untuk menukar senarai kategori, ketik Edit, kemudian pilih kategori yang anda mahu tambah, seperti Genre dan Kompilasi. Ketik sebarang kategori sedia ada untuk mengeluarkannya.
Isih muzik anda
Ketik Pustaka, kemudian ketik Senarai Main, Album, Lagu, TV & Filem, atau Video Muzik.
Ketik
,, kemudian pilih kaedah isihan, seperti tajuk, artis, terbaru ditambah, atau terbaru dimainkan.
Mainkan muzik yang dikongsi pada komputer berdekatan
Jika komputer pada rangkaian anda berkongsi muzik menerusi Perkongsian Rumah, anda boleh menstrim muziknya ke iPhone anda.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting
> Muzik, ketik Daftar Masuk di bawah Perkongsian Rumah, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.
Buka app Muzik
, pergi ke Pustaka > Perkongsian Rumah, kemudian pilih pustaka dikongsi.
Keluarkan lagu Apple Music daripada iPhone
Pergi ke Seting > Muzik, kemudian nyahaktifkan Selaraskan Pustaka.
Lagu dikeluarkan daripada iPhone tetapi kekal dalam iCloud. Muzik yang anda beli atau selaraskan juga kekal.