Tandakan tapak web dalam Safari pada iPhone
Dalam app Safari , anda boleh menandakan tapak web, menambah tapak web ke Kegemaran, atau menambah ikon tapak web ke Skrin Utama supaya mudah dilawati semula kemudian.
Tandakan tapak web kegemaran
Sentuh dan tahan , kemudian ketik Tambah Penanda Buku.
Lihat dan susun penanda buku anda
Ketik
.
Ketik Edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Cipta folder baharu: Ketik Folder Baharu di bahagian kiri bawah, masukkan nama, kemudian ketik Selesai.
Alihkan penanda buku ke dalam folder: Ketik penanda buku, ketik di bawah Lokasi, kemudian ketik folder. Ketik
untuk kembali ke penanda buku anda.
Padam penanda buku: Ketik
, kemudian ketik Padam.
Namakan semula penanda buku: Ketik penanda buku, masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Susun semula penanda buku: Sentuh dan tahan
, kemudian seret penanda buku ke lokasi baharu.

Lihat penanda buku Mac anda pada iPhone
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua (di bawah App Menggunakan iCloud), kemudian pastikan Safari diaktifkan.
Nota: Anda juga mesti mengaktifkan Safari dalam seting iCloud pada Mac anda dan mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Sediakan iCloud untuk app Safari pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.
Tambah ikon tapak web ke Skrin Utama anda
Anda boleh menambah ikon tapak web ke Skrin Utama iPhone untuk akses cepat.
Semasa melihat tapak web
dalam bar menu.
Skrol ke bawah senarai pilihan, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama.
Jika anda tidak melihat Tambah ke Skrin Utama, anda boleh menambahnya. Skrol ke bahagian bawah senarai, ketik Edit Tindakan, kemudian ketik
Tambah ke Skrin Utama.
Ikon kelihatan pada peranti yang anda tambahnya sahaja.

Nota: Sesetengah tapak web mungkin meminta kebenaran anda untuk menghantar pemberitahuan kepada anda. Anda boleh menukar seting pemberitahuan anda pada bila-bila masa. Lihat Tukar seting pemberitahuan.