Padam dan pulihkan e-mel dalam Mail pada iPhone
Dalam app Mail , anda boleh memadamkan atau mengarkibkan e-mel yang anda tidak lagi perlukan. Jika anda menukar fikiran, anda boleh memulihkan e-mel yang dipadamkan.

Padam e-mel
Terdapat berbilang cara untuk memadam e-mel. Lakukan mana-mana daripada berikut:
Semasa melihat e-mel: Ketik
.
Semasa melihat senarai e-mel: Leret e-mel ke kiri, kemudian pilih Buang daripada menu.
Untuk memadamkan e-mel dengan gerak isyarat tunggal, leretnya terus ke kiri.
Padam berbilang e-mel sekaligus: Semasa melihat senarai e-mel, ketik Edit, pilih e-mel yang anda mahu padam, kemudian ketik Sampah.
Untuk memilih berbilang e-mel dengan cepat, leret ke bawah menerusi kotak semak.
Untuk menyahaktifkan pengesahan pemadaman, pergi ke Seting > Mail, kemudian nyahaktifkan Tanya sebelum Memadamkan (di bawah Mesej).
Pulihkan e-mel yang telah dipadamkan
Ketik
di penjuru kiri atas sehingga anda melihat Peti Mel.
Ketik
, ketik e-mel yang anda mahu pulihkan, kemudian ketik
.
Ketik Alihkan Mesej, kemudian pilih peti mel lain.
Petua: Untuk melihat semua e-mel dipadamkan dengan mudah, anda boleh menambah peti mel dengan e-mel dipadamkan merentas semua akaun anda. Ketik di penjuru kiri atas sehingga anda melihat Peti Mel, ketik Edit di bahagian kanan atas, kemudian pilih peti mel Semua Sampah.
Arkibkan bukannya padam
Berbanding memadam e-mel, anda boleh mengarkibkannya dalam peti mel Arkib.
Pergi ke Seting
> Mail, kemudian ketik Akaun.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan akaun e-mel iCloud: Ketik iCloud, ketik iCloud lagi, ketik Mail iCloud, kemudian ketik Kelakuan Peti Mel.
Jika anda menggunakan akaun e-mel lain: Ketik akaun e-mel, ketik akaun e-mel anda, kemudian ketik Lanjutan.
Pilih Peti Mel Arkib (di bawah Alihkan Mesej Dibuang Ke).
Apabila pilihan ini diaktifkan, untuk memadam e-mel berbanding mengarkibnya, sentuh dan tahan , kemudian ketik Buang Mesej.
Tentukan tempoh masa untuk menyimpan e-mel dipadamkan
Dengan sesetengah klien e-mel, anda boleh menentukan berapa lama e-mel dipadamkan kekal dalam peti mel Sampah.
Pergi ke Seting
> Mail, kemudian ketik Akaun.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan akaun e-mel iCloud: Ketik iCloud, ketik iCloud lagi, ketik Mail iCloud, kemudian ketik Kelakuan Peti Mel.
Jika anda menggunakan akaun e-mel lain: Ketik akaun e-mel anda, ketik alamat anda, kemudian ketik Lanjutan.
Ketik Keluarkan, kemudian pilih selang masa.
Nota: Sesetengah perkhidmatan e-mel mungkin menggantikan pilihan anda, sebagai contoh, iCloud tidak menyimpan e-mel dipadamkan lebih daripada 30 hari, walaupun anda memilih Jangan.