Ambil lawatan Flyover dalam Peta pada iPhone
Dalam app Peta , anda boleh terbang ke kebanyakan tanda tempat dan bandar utama dunia. Tanda tempat Flyover dapat dikenal pasti melalui butang Flyover pada kad tempatnya.

Buka app Peta
pada iPhone anda.
Cari bandar atau nama tanda tempat, kemudian ketik namanya dalam hasil carian.
Ketik Flyover pada kad tempat.
Jika Flyover tidak kelihatan pada kad tempat, ketik Lagi
(di sebelah kanan kad tempat), kemudian ketik Flyover.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar arah pandangan: Tunjukkan atau condongkan iPhone dalam arah yang anda mahu lihat.
Bergerak ke sekeliling: Seret jari ke mana-mana arah. Untuk memusingkan perspektif, sentuh dan tahan skrin dengan satu jari, kemudian teruskan menahannya sambil menyeret jari lain di sekelilingnya.
Lihat lawatan udara 3D: Ketik Mulakan Lawatan atau Mulakan Lawatan Bandar dalam kad di bahagian bawah skrin. (Jika kad tidak kelihatan, ketik di mana-mana pada skrin.)
Untuk kembali ke peta, ketik
. (Ketik di mana-mana pada skrin jika
tidak kelihatan.)
Untuk senarai tapak dengan Flyover, lihat tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.