Tukar seting kebolehcapaian Siri pada iPhone
Anda boleh menukar kecepatan atau masa Siri membalas, gunakan teks untuk membuat permintaan kepada Siri, buatkan Siri berkongsi pemberitahuan dengan suara serta mengumumkan dan menamatkan panggilan.
Beritahu Siri masa dan cara untuk membalas permintaan.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Siri.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan tempoh Siri menunggu untuk anda habis bercakap: Di bawah Masa Jeda Siri, pilih Lalai, Lebih Panjang, atau Paling Panjang.
Tukar kepantasan Siri bercakap: Laraskan gelangsar di bawah Kadar Pertuturan.
Tentukan masa Siri membalas lantang atau dalam teks: Pilih pilihan di bawah Respons Dituturkan. Anda juga boleh menukar masa Siri membalas.
Gunakan Siri walaupun apabila iPhone dilindungi atau menghadap bawah: Aktifkan Sentiasa Dengar untuk “Hai Siri”.
Untuk membuatkan Siri membalas apabila iPhone menghadap atas, pergi ke Seting > Siri & Carian, kemudian aktifkan Dengar untuk “Siri” atau “Hai Siri”.
Untuk menukar cara anda mengaktifkan Siri, lihat Sediakan Siri dan Tukar waktu Siri membalas.
Taip berbanding bercakap kepada Siri
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Siri, kemudian aktifkan Taip kepada Siri.
Untuk melakukan permintaan, aktifkan Siri, kemudian berinteraksi dengan Siri menggunakan papan kekunci dan medan teks.
Umumkan panggilan dan pemberitahuan untuk app khusus
Anda boleh membuatkan Siri mengumumkan pemberitahuan dan panggilan daripada app seperti Mesej pada speaker iPhone anda, fon kepala disokong, semasa menggunakan CarPlay dan pada peranti pendengaran MFi.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Siri, kemudian aktifkan Umumkan Pemberitahuan pada Speaker.
Ketik Umumkan Pemberitahuan, kemudian untuk setiap app, pilih sama ada untuk mengumumkan semua pemberitahuan atau hanya pemberitahuan sensitif masa.
Tamatkan panggilan dengan Siri
Anda boleh membuatkan Siri menamatkan panggilan telefon dan FaceTime.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Siri, Panggilan Ditamatkan, kemudian aktifkan Panggilan Ditamatkan.
Nota: Tersedia dalam bahasa terpilih dan pada iPhone 11, iPhone SE (generasi ke-2) dan lebih baharu. Memerlukan muat turun model pertuturan.
Untuk menamatkan panggilan, sebutkan sesuatu seperti: “Siri, tamatkan panggilan”. (Peserta pada panggilan akan mendengar anda.)
Anda juga boleh menghalakan dan menjawab panggilan secara automatik atau membuatkan Siri mengumumkan dan menjawab panggilan.