Cipta album dikongsi dalam Foto pada iPhone
Dengan Album Dikongsi dalam app Foto , anda boleh mencipta album untuk berkongsi foto dan video hanya dengan pelanggan yang anda pilih—dan mereka boleh menambah foto, video dan komen mereka sendiri untuk dilihat oleh semua orang. Jika anda mengesetkan album dikongsi, anda juga boleh menamakan semula atau memadamkannya.
Sebelum anda bermula
Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID pada iPhone anda dan sebarang peranti lain yang anda mahu gunakan dengan Album Dikongsi.
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud > Foto, kemudian aktifkan Album Dikongsi (hijau ialah aktif).
Cipta album dikongsi
Buka app Foto
pada iPhone anda.
Ketik Album, ketik
di bahagian atas skrin, kemudian ketik Album Dikongsi Baharu.
Masukkan nama untuk album dikongsi, kemudian ketik Selesai.
Taipkan nama kenalan yang anda mahu tambah, atau taipkan alamat e-mel atau nombor telefon yang dikaitkan dengan Apple ID penerima. Apabila anda telah menambah semua orang, ketik Cipta.
Sertai album dikongsi
Apabila anda dijemout untuk menyertai album dikongsi, pemberitahuan kelihatan pada skrin iPhone anda.
Ketik Pemberitahuan, kemudian ketik Terima pada album dalam app Foto.
Jika anda tidak menyertai album dikongsi dengan mengetik pemberitahuan, anda juga boleh melakukan yang berikut:
Buka app Foto
pada iPhone anda.
Ketik Untuk Anda.
Ketik terima pada album baharu, di bawah Aktiviti Album Dikongsi.
Nota: Orang yang mencipta album menerima pemberitahuan apabila pelanggan menerima jemputan untuk menyertai album dikongsi.
Namakan semula album dikongsi
Pencipta album dikongsi boleh menukar namanya.
Buka app Foto
pada iPhone anda.
Ketik Album, kemudian ketik album dikongsi.
Ketik
, kemudian ketik Namakan Semula Album.
Masukkan nama baharu, kemudian ketik Simpan.
Padamkan atau keluarkan diri anda daripada album dikongsi.
Buka app Foto
pada iPhone anda.
Ketik Album, kemudian ketik album dikongsi.
Ketik
.
Ketik Padam Album Dikongsi jika anda mencipta album, atau ketik Nyahlanggan jika anda pelanggan.
Foto yang anda simpan atau muat turun daripada album dikongsi ke pustaka Foto anda kekal dalam pustaka anda walaupun album dikongsi dipadamkan, atau orang yang mencipta album berhenti berkongsi album. Lihat Simpan foto dan video daripada album dikongsi ke pustaka Foto anda.