Kongsi foto iPhone dengan Album Dikongsi dalam iCloud
Dengan Album Dikongsi dalam app Foto , anda boleh memilih foto dan video dengan hanya orang yang anda pilih. Mereka juga boleh menambah foto, video dan komen mereka sendiri. Album Dikongsi berfungsi dengan atau tanpa Foto iCloud dan Strim Foto Saya.
Aktifkan Album Dikongsi
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Foto, kemudian aktifkan Album Dikongsi.
Cipta album dikongsi baharu
Ketik Album, ketik
, kemudian ketik Album Dikongsi Baharu.
Namakan album, kemudian ketik Seterusnya.
Pilih orang untuk dijemput, atau taipkan alamat e-mel atau nombor telefon, kemudian ketik Cipta.
Aktifkan penglihatan awam dalam iCloud
Ketik Album, kemudian pilih album dikongsi.
Ketik
, kemudian aktifkan Tapak Web Awam.
Apabila Tapak Web Awam diaktifkan, sesiapa sahaja dengan URL iCloud boleh melihat album.
Tambah foto dan video ke album dikongsi
Ketik Album, pilih album dikongsi, kemudian ketik
.
Pilih semua item yang anda mahu tambah, kemudian ketik Selesai.
Tambah komen jika anda mahu, kemudian ketik Siar.
Tambah atau keluarkan pelanggan, atau aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan
Pilih album dikongsi, ketik , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah pelanggan: Ketik Jemput Orang, kemudian masukkan nama pelanggan yang anda mahu tambah.
Pelanggan boleh menambah foto dan video kepada album. Nyahaktifkan butang Pelanggan Boleh Menyiar supaya anda boleh menambah foto dan video.
Keluarkan pelanggan: Ketik nama pelanggan, kemudian ketik Keluarkan Pelanggan.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Ketik butang Pemberitahuan. Ketik lagi untuk mengaktifkan Pemberitahuan.
Padamkan foto, video dan komen daripada album dikongsi
Anda mestilah pemilik album dikongsi untuk memadamkan foto atau video.
Padamkan foto dan video: Dalam album dikongsi, ketik Pilih. Pilih foto atau video yang anda mahu padamkan, kemudian ketik
.
Padamkan komen: Semasa melihat komen dalam album dikongsi, ketik dan tahan, kemudian ketik Padam.
Namakan semula album dikongsi
Dalam Album, skrol ke Album Dikongsi, kemudian ketik Lihat Semua.
Ketik Edit, kemudian ketik nama album dan masukkan yang baharu.
Melanggan ke album dikongsi
Apabila anda menerima jemputan, ketik , kemudian ketik Terima. Anda juga boleh menerima jemputan dalam e-mel.
Nota: Untuk menggunakan Album Dikongsi, iPhone anda mesti disambungkan ke internet. Album Dikongsi berfungsi menerusi kedua-dua rangkaian Wi-Fi dan selular. Caj data selular mungkin dikenakan. Lihat Sambungkan iPhone ke internet.