Sediakan aksesori dengan Rumah pada iPhone
Kali pertama anda membuka app Rumah , pembantu persediaan membantu anda mencipta rumah, yang anda boleh tambahkan aksesori dan takrifkan bilik. Jika anda telah mencipta rumah menggunakan app didayakan HomeKit lain, anda akan melangkau langkah ini.
Tambah aksesori ke Rumah
Sebelum anda menambah aksesori seperti lampu atau kamera, pastikan ianya bersambung ke sumber kuasa, diaktifkan dan menggunakan rangkaian Wi-Fi anda.
Ketik Rumah, kemudian ketik
.
Ketik Tambah Aksesori, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda menambah aksesori, ia ditetapkan pada bilik lalai, atau bilik yang anda pilih.
Anda mungkin perlu mengimbas kod QR atau memasukkan kod persediaan HomeKit 8-digit yang terdapat pada aksesori (atau kotak atau dokumentasinya). TV pintar yang disokong memaparkan kod QR untuk anda imbas. Anda boleh menetapkan aksesori ke bilik dan menamakannya dan kemudian gunakan nama ini apabila anda mengawal aksesori dengan Siri. Anda juga boleh menambah automasi dicadangkan semasa persediaan.
Apabila anda menyediakan Apple TV dalam tvOS dan menetapkannya ke bilik, ia kelihatan secara automatik dalam bilik tersebut dalam app Rumah pada iPhone.
Tukar penetapan bilik aksesori
Ketik
, kemudian pilih bilik yang aksesorinya ditetapkan.
Jika ia belum ditetapkan, cari dalam Bilik Lalai.
Sentuh dan tahan butang aksesori, kemudian leret ke atas atau ketik
.
Ketik Bilik, kemudian pilih bilik.
Aktifkan Sertakan dalam Kegemaran untuk menambah aksesori ke skrin Utama dalam Rumah.
Untuk menyusun semula kegemaran anda, ketik
, ketik Edit Skrin, leret ke atas, kemudian seret butang aksesori ke dalam susunan yang anda mahu. Ketik Selesai apabila anda selesai.
Susun bilik dalam zon
Kumpulkan bilik bersama ke dalam zon untuk mengawal kawasan berbeza rumah anda menggunakan Siri dengan mudah. Contohnya, jika anda mempunyai rumah dua tingkat, anda boleh menetapkan bilik di tingkat pertama ke zon tingkat bawah. Kemudian anda boleh sebutkan sesuatu kepada Siri seperti “Matikan lampu di bawah”.
Ketik
.
Pilih bilik, ketik
, kemudian ketik Seting Bilik.
Ketik Zon, ketik zon sedia ada, atau ketik Cipta Baharu untuk menambahkan bilik kepada zon baharu.
Edit bilik
Anda boleh menukar nama dan kertas dinding bilik, menambah bilik ke zon, atau mengeluarkan bilik. Apabila anda mengeluarkan bilik, aksesori yang ditetapkan untuknya berpindah ke Bilik Lalai.
Ketik
.
Pilih bilik, ketik
, kemudian ketik Seting Bilik.