Sediakan berbilang kalendar pada iPhone
Dalam app Kalendar , anda boleh menyediakan berbilang kalendar untuk menjejaki jenis peristiwa yang berbeza. Anda boleh menjejak semua peristiwa dan janji temu anda dalam satu kalendar, tetapi kalendar tambahan adalah mudah untuk disediakan dan merupakan cara yang hebat untuk kekal teratur.

Sediakan kalendar
Ketik Kalendar di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Kalendar.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Cipta kalendar iCloud: Ketik Tambah Kalendar, masukkan nama untuk kalendar, kemudian pilih warna untuk kalendar.
Langgan kalendar luaran dan baca sahaja: Ketik Tambah Kalendar Langganan, masukkan URL fail .ics yang anda mahu langgan (dan sebarang maklumat pelayan lain yang diperlukan), kemudian klik Langgan.
Anda juga boleh melanggan kalendar iCalendar (.ics) dengan mengetik pautan ke kalendar.
Nyahlanggan daripada kalendar
Anda boleh menyahlanggan kalendar yang anda langgan. Apabila anda mengeluarkan kalendar, anda juga boleh melaporkan kalendar sebagai sarap.
Ketik Kalendar di bahagian bawah skrin.
Ketik
bersebelahan kalendar yang anda mahu nyahlanggan.
Ketik Nyahlanggan, kemudian Ketik Nyahlanggan atau Nyahlanggan dan Laporkan Sarap.
Nota: Apabila anda mengetik Nyahlanggan dan Laporkan Sarap, kalendar dilaporkan kepada Apple sebagai langganan sarap disyaki.
Lihat berbilang kalendar sekali gus
Untuk melihat berbilang kalendar, ketik Kalendar di bahagian bawah skrin, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih kalendar yang anda ingin lihat.
Ketik Hari Cuti AS untuk menyertakan hari cuti kebangsaan dengan peristiwa anda.
Ketik Hari Lahir untuk menyertakan hari lahir daripada Kenalan dengan peristiwa anda.
Setkan kalendar lalai
Ada boleh setkan satu daripada kalendar anda sebagai kalendar lalai. Apabila anda menambah peristiwa menggunakan Siri atau app lain, ia ditambah ke kalendar lalai anda.
Pergi ke Seting
> Kalendar > Kalendar Lalai.
Pilih kalendar yang anda mahu gunakan sebagai kalendar lalai anda.
Tukar warna kalendar
Ketik Kalendar di bahagian bawah skrin.
Ketik
bersebelahan kalendar, kemudian pilih warna.
Ketik Selesai.
Untuk sesetengah akaun kalendar, seperti Google, warna disetkan oleh pelayan.
Sediakan akaun kalendar iCloud, Google, Exchange, atau Yahoo
Pergi ke Seting
> Kalendar > Akaun > Tambah Akaun.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik perkhidmatan mel (iCloud, Microsoft Exchange, atau Google, contohnya), kemudian daftar masuk.
Ketik Lain, ketik Tambah Akaun CalDAV atau Tambah Kalendar Dilanggan, kemudian masukkan maklumat pelayan dan akaun anda.
Tambah akaun CalDAV
Pergi ke Seting
> Kalendar > Akaun > Tambah Akaun > Lain.
Ketik Tambah Akaun CalDAV
Masukkan maklumat pelayan dan akaun anda.
Pindahkan peristiwa ke kalendar lain
Ketik peristiwa, ketik Kalendar, kemudian pilih kalendar untuk dipindahkan peristiwa.