Lihat, kongsi dan cetak foto pada iPhone
Semua foto dan video yang anda ambil dengan Kamera disimpan dalam Foto. Dengan Foto iCloud diaktifkan, semua foto dan video baharu dimuat naik secara automatik dan tersedia dalam Foto pada semua peranti anda yang disediakan dengan Foto iCloud (dengan iOS 8.1, iPadOS 13, atau lebih baharu).
Nota: Jika Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi, foto dan video ditag dengan data lokasi yang boleh digunakan oleh app dan tapak web perkongsian foto. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi pada iPhone.
Lihat foto anda
Buka Kamera, kemudian ketik imej kecil di penjuru kiri bawah.
Leret ke kiri atau kanan untuk melihat semua foto anda yang terbaru diambil.
Ketik skrin untuk memaparkan atau menyembunyikan kawalan.
Ketik Semua Foto untuk melihat semua foto dan video anda yang disimpan dalam Foto.
Kongsi dan cetak foto anda
Semasa melihat foto, ketik
.
Untuk berkongsi foto anda, pilih pilihan seperti AirDrop, Mail, atau Mesej.
Untuk mencetak foto anda, leret ke atas untuk memilih Cetak daripada senarai tindakan.
Lihat Gunakan AirDrop pada iPhone untuk menghantar item ke peranti berdekatan.
Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan AirPrint untuk mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch anda.
Muat naik foto dan pastikan foto dikemas kini merentas peranti
Gunakan Foto iCloud untuk memuat naik foto dan video daripada iPhone anda ke iCloud dan kemudian mengaksesnya pada peranti lain apabila anda didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Foto iCloud berguna jika anda mahu memastikan foto anda terkini merentas berbilang peranti atau menjimatkan ruang pada iPhone anda. Untuk mengaktifkan Foto iCloud, pergi ke Seting > Foto.