Kawal keizinan penjejakan app pada iPhone
Semua app perlu meminta keizinan anda sebelum menjejak anda atau iPhone anda merentas app atau tapak web yang dimiliki oleh syarikat lain untuk menyasarkan pengiklanan kepada anda atau berkongsi maklumat anda dengan broker data. Selepas anda memberikan atau menolak keizinan pada app, anda boleh menukar keizinan kemudian. Anda juga boleh menghentikan semua app daripada meminta keizinan.
Semak atau tukar keizinan app untuk menjejak anda
Pergi ke Seting
> Privasi > Penjejakan.
Senarai menunjukkan app yang meminta keizinan untuk menjejak anda. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan keizinan untuk sebarang app pada senarai.
Untuk menghentikan semua app daripada meminta keizinan untuk menjejak anda, nyahaktifkan Benarkan App untuk Meminta bagi Menjejak (di bahagian atas skrin).
Untuk mendapatkan maklumat tentang penjejakan app, ketik Ketahui Lanjut berhampiran bahagian atas skrin.