Semak saham pada iPhone
Gunakan app Saham untuk menjejaki aktiviti pasaran, melihat prestasi saham yang anda ikuti dan mendapatkan berita perniagaan yang terkini.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Apakah prestasi pasaran?” atau “Apakah prestasi saham Apple hari ini?” Ketahui cara meminta Siri.
Uruskan senarai pemerhatian anda
Tambah saham yang anda ikuti ke senarai pemerhatian anda untuk melihat harga, pertukaran harga dan peratusan harian serta nilai modal pasaran dengan cepat.

Tambah simbol ke senarai pemerhatian anda: Dalam medan carian, masukkan simbol saham, nama syarikat, nama dana atau indeks. Dalam hasil carian, ketik simbol yang anda mahu tambah, kemudian ketik Tambah atau Tambah ke Senarai Pemerhatian. Atau, ketik
, ketik Edit Senarai Pemerhatian, kemudian ikuti langkah yang sama.
Padam simbol: Leret ke kiri pada simbol dalam senarai pemerhatian anda, kemudian ketik
. Atau, ketik
, ketik Edit Senarai Pemerhatian, ketik
di sebelah simbol, kemudian ketik
.
Susun semula simbol: Sentuh dan tahan simbol dalam pemerhatian anda, kemudian seretnya ke kedudukan baharu. Atau, ketik
, ketik Edit Senarai Pemerhatian, sentuh dan tahan
, kemudian seret simbol ke kedudukan baharu.
Tunjukkan mata wang: Ketik
, kemudian ketik Tunjukkan Mata Wang untuk memaparkan mata wang simbol didagangkan (iOS 15.2 atau lebih baharu).
Lihat carta, butiran dan berita saham
Ketik simbol saham dalam senarai pemerhatian anda untuk melihat carta interaktif, butiran tambahan dan berita yang berkaitan.

Lihat prestasi saham dari semasa ke semasa: Ketik pilihan daripada pilihan julat masa di bahagian atas carta.
Lihat nilai untuk tarikh atau masa khusus: Sentuh dan tahan carta dengan satu jari.
Lihat perbezaan nilai mengikut masa: Sentuh dan tahan carta dengan dua jari.
Lihat lebih butiran: Leret data di bawah carta untuk melihat butiran saham tambahan seperti tinggi dan rendah 52 minggu, Beta, EPS dan volum purata dagangan.
Baca berita: Leret ke atas untuk melihat berita tambahan, kemudian ketik cerita.
Untuk kembali ke senarai pemerhatian anda ketik, ketik .
Lihat senarai pemerhatian merentasi peranti
Anda boleh melihat senarai pemerhatian anda merentasi iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pada iPhone, iPad dan iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Saham.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
macOS 10.15 atau lebih baharu: Klik Apple ID, pilih iCloud, kemudian aktifkan Saham.
macOS 10.14 atau lebih awal: Pilih iCloud, kemudian aktifkan Saham.
Baca berita perniagaan
Leret ke atas pada Berita Perniagaan atau Cerita Teratas untuk melihat cerita yang dipilih menyerlahkan berita semasa yang memacu pasaran. Cerita tentang syarikat dalam senarai pemerhatian dikumpulkan mengikut simbol semakan. Di negara yang Apple News tersedia, anda juga boleh melihat cerita yang dipilih oleh editor Apple News dan cerita daripada Apple News+. (Kandungan Apple News dan Apple News+ tidak tersedia di semua negara atau rantau.)
Nota: Jika anda mengetik cerita Apple News+ dan anda bukan pelanggan Apple News+, ketik butang langgan atau percubaan percuma, kemudian ikuti arahan atas skrin. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple News+, lihat Langgan Apple News+.

Ketik cerita untuk membacanya. Semasa melihat cerita, anda mempunyai pilihan ini:
Kembali ke suapan berita anda dalam Saham: Ketik
atau Selesai di penjuru kiri atas.
Lihat lebih banyak cerita daripada penerbitan dalam Apple News: Ketik logo penerbit di bahagian atas skrin.
Simpan cerita ke Apple News: Ketik
di penjuru kiri atas.
Nota: Untuk menyimpan cerita ke Apple News, pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan News.
Tukar saiz teks: Ketik
di penjuru kanan atas, kemudian ketik huruf lebih kecil atau lebih besar untuk menukar saiz teks dalam cerita.
Kongsi cerita: Ketik
di penjuru kanan atas, ketik Kongsi Cerita, kemudian pilih pilihan perkongsian, seperti Mesej atau Mail.
Cerita daripada penerbitan yang anda telah sekat dalam Apple News tidak kelihatan dalam suapan berita. Lihat Lihat berita dipilih khas untuk anda pada iPhone.
Mainkan cerita audio
Sesetengah berita disertakan versi audio yang anda boleh dengar dalam app Saham atau dengar kemudian dalam app News (iOS 15.4; tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Untuk mendengar versi audio cerita, ketik Play Now. Atau ketik cerita untuk membacanya, kemudian ketik Play Now di bahagian atas cerita.
Gunakan pemain mini di bahagian bawah skrin untuk menjeda cerita atau lompat ke belakang 15 saat. Untuk membuka pemain skrin penuh, ketik pemain mini.
Untuk kembali ke pemain mini, leret ke bawah untuk meminimumkan pemain skrin penuh.
Untuk menutup pemain mini, sentuh dan tahan pemain, kemudian ketik Tutup Pemain Audio.
Jika anda melanggan Apple News+, anda boleh menambah cerita audio daripada app Saham ke baris gilir Seterusnya anda dalam News.
Tambah daripada suapan berita Saham: Sentuh dan tahan cerita, ketik Main Kemudian dalam News, kemudian pilih Main Seterusnya atau Main Terakhir.
Tambah daripada cerita: Buka cerita, kemudian sentuh dan tahan Play Now di bahagian atas cerita. Ketik Main Kemudian dalam News, kemudian pilih Main Seterusnya atau Main Terakhir.
Nota: Untuk menambah cerita ke News, pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud dan aktifkan News.
Tambah widget Saham ke Skrin Utama iPhone anda
Gunakan widget Saham untuk menyemak saham sekali imbas pada Skrin Utama iPhone anda. Pilih Senarai Pemerhatian untuk memantau beberapa simbol daripada Senarai Pemerhatian anda pada Skrin Utama anda, atau simbol untuk memantau prestasi simbol tunggal. Lihat Tambah widget ke Skrin Utama anda.