Zum masuk atau besarkan dalam Penanda pada iPhone
Dalam Penanda dalam app disokong, anda boleh zum masuk apabila anda perlu melukis butiran. Gunakan kanta pembesar apabila anda hanya perlu melihat butiran.
Zum masuk
Semasa menggunakan Penanda dalam app disokong, cubit buka supaya anda boleh melukis, melaraskan bentuk dan banyak lagi pada jarak dekat.
Untuk menyorot semasa anda zum masuk, seret dua jari. Untuk zum keluar, cubit tutup.
Membesarkan
Dalam bar alat Penanda dalam app disokong, ketik , kemudian ketik Kanta Pembesar.
Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda, ketik atau Penanda. Jika bar alat diminimumkan, ketik versinya yang diminimumkan.
Untuk menukar ciri kanta pembesar, lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar tahap pembesaran: Seret titik hijau pada kanta pembesar.
Tukar saiz kanta pembesar: Seret titik biru pada kanta pembesar.
Alihkan kanta pembesar: Seretnya.
Tukar ketebalan garis kasar kanta pembesar: Ketik
, kemudian pilih pilihan.
Tukar warna garis kasar kanta pembesar: Pilih pilihan daripada pemilih warna.
Keluarkan atau duplikasi kanta pembesar: Ketik garis kasarnya, kemudian ketik Padam atau Duplikasi.
Untuk menyembunyikan bar alat Penanda apabila anda selesai, ketik atau Selesai.