Hantar kesan beranimasi dalam Mesej pada iPhone
Dalam app Mesej , anda boleh menganimasikan mesej tunggal dengan kesan gelembung atau isi keseluruhan skrin mesej dengan kesan skrin penuh (sebagai contoh, belon atau konfeti). Anda juga boleh menghantar mesej peribadi dengan dakwat halimunan yang kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.
Anda memerlukan iMessage untuk menghantar dan menerima kesan mesej. Lihat Perihal iMessage dan SMS/MMS.
Hantar mesej tulisan tangan
Gunakan jari anda untuk menulis mesej. Penerima melihat mesej dianimasi, sama seperti dakwat yang mengalir di atas kertas.
Dalam perbualan, putar iPhone ke orientasi landskap.
Ketik
pada papan kekunci.
Tulis mesej dengan jari anda atau pilih mesej disimpan di bahagian bawah, kemudian ketik Selesai.
Ketik
untuk menghantar mesej anda atau
untuk membatalkannya.
Selepas anda mencipta dan menghantar mesej tulisan tangan, mesej disimpan di bahagian bawah skrin tulisan tangan. Untuk menggunakan mesej disimpan lagi, ketiknya. Untuk memadam mesej disimpan, sentuh dan tahan ia sehingga mesej bergoyang, kemudian ketik .
Gunakan kesan gelembung
Gunakan kesan gelembung untuk menganimasikan gelembung mesej.
Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.
Sentuh dan tahan
, kemudian ketik titik kelabu untuk mempratonton kesan gelembung berlainan.
Petua: Mahu menghantar mesej peribadi? Apabila anda menghantar dakwat halimunan, mesej kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.
Ketik
untuk menghantar mesej atau
untuk membatalkan.
Gunakan kesan skrin penuh
Gunakan kesan skrin penuh untuk menganimasikan skrin mesej.
Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.
Sentuh dan tahan
, kemudian ketik Skrin.
Leret ke kiri untuk mempratonton kesan skrin berlainan.
Ketik
untuk menghantar mesej atau
untuk membatalkan.
Mesej menggunakan kesan skrin yang berikut secara automatik untuk rentetan teks tertentu:
Belon untuk “Selamat hari lahir”
Konfeti untuk “Tahniah”
Bunga api untuk “Selamat Tahun Baharu”